Lebuh Raya Baru, KL Node Hubungkan LATAR-EKVE Dijangka Mula Dibina 2024

Sebuah lebuh raya baharu dirancang mula dibina pada 2024 ini, menghubungkan koridor timur dan utara trafik Lembah Klang. Ia dinamakan sebagai KL Node (Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway).

Antara tujuan utamanya untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang terutamanya di MRR2 atau Jalan Lingkaran Tengah 2.

Lebuh raya sepanjang 24km ini akan menjadi penyambung antara LATAR dan EKVE. Sepanjang 83% daripada jajaran 'highway' itu akan dinaikkan bertingkat.

Setakat ini, jajaran yang dicadangkan itu turut akan melalui kawasan-kawasan berikut, termasuk bukit, kawasan perumahan dan kampung:

  • Titik masuk/keluar EKVE berhampiran Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang

  • Kampung Pasir, Hulu Kelang (MRR2)

  • Taman Melawati dan Taman Permata (MRR2)

  • Kg Klang Gate dan Wangsa Melawati (MRR2)

  • Desa Melawati, KL East dan Taman Melati (MRR2)

  • Terminal Bersepadu Gombak (MRR2

  • Kampung Sungai Chinchin, Gombak

  • Seri Gombak

  • Kampung Sungai Tua

  • Taman Selayang Mutiara

  • Selayang Heights

  • Jalan KL-Ipoh (FR01)

  • Titik masuk/keluar Latar berhampiran Taman Eko Rimba Kanching


Pintu keluar masuk EKVE dan LATAR masing-masing terletak berhampiran Ukay Perdana di Hulu Kelang dan Taman Eko Rimba Kanching di Rawang.

Projek KL Node ini dijangka bermula 2024, menghubungkan rangkaian lebuh raya alternatif sedia ada dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota, kata wakil kementerian kepada FMT.

Terutamanya keadaan trafik di Jalan Kuching yang mengakibatkan masa perjalanan yang panjang dan pengguna yang lebih terdedah kepada kemalangan.

Dikatakan juga bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mencadangkan butiran KL Node kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada 2017 dulu.

Sumber : FMT

Berkaitan