Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lebih Selamat, Tiada Lagi Nombor Telefon Terpapar Pada Bungkusan Kurier Shopee

Posted on Oktober 23, 2021

Bagi anda yang gemar membeli-belah secara dalam talian, pasti anda sudah biasa melihat maklumat penghantar dan penerima pada bungkusan yang dibeli.

Namun, dengan adanya maklumat terperinci seperti nama, alamat serta nombor telefon penerima, perkara ini agak membimbangkan terutama privasi serta keselamatan pengguna.

Jadi, bagi menyelesaikan masalah tersebut, Shopee kini mengemaskini polisi pencetakan Air Waybill (AWB) mereka.

Menerusi kemas kini baharu itu, nombor telefon pembeli tidak lagi akan dipaparkan dalam AWB. Langkah yang dilakukan merupakan satu usaha dalam memastikan privasi pembeli dilindungi.

Pun begitu, kurier masih masih lagi dapat menghubungi pembeli dengan menggunakan sistem mereka sekiranya kurier mahu untuk tujuan penghantaran.

Tambahan lagi, polisi tersebut hanya digunakan kurier J&T Express dan Ninja Van sahaja buat masa ini. Kurier lain seperti Pos Laju dan City-Link Express masih lagi memaparkan nombor telefon pada bungkusan pembeli.

Oleh yang demikian, anda sentiasa dinasihatkan agar memadam atau menghapuskan maklumat penting yang dipaparkan AWB ini sebelum membuangnya.

Sumber: Shopee

Baca juga:

  • Tiada Lagi Pilihan Kurier Di Shopee Bermula 17 Jun Ini

  • Ini Cara Elak Ditipu Ketika Beli-Belah Di Shopee

  • Harga Pelitup Muka RGB Razer Diumum – Razer Zephyr

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress