Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Membelanjakan Hampir $60Bilion Pada Aplikasi Sepanjang Tahun 2017

Lebih Ramai Pembangun Meninggalkan Aplikasi Android Berbanding iOS – Penyelidik

Diterbitkan September 30, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam Laporan Aplikasi Mudah Alih Terabai bagi suku ke-2 oleh laman analisis Pixalate, mereka mendapati lebih daripada 1.6 juta aplikasi telah diabaikan pembangunnya.

Jumlah itu meliputi aplikasi-aplikasi yang ditawarkan dalam Google Play Store dan Apple App Store.

Keadaan ini sekaligus membahayakan pengguna-pengguna aplikasi tersebut yang berpotensi terdedah kepada eksploitasi penggodaman kerana aplikasi-aplikasi itu tidak lagi menerima kemas kini yang sepatutnya dari pembangun.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Sesebuah aplikasi itu dikategorikan diabaikan pembangunnya hanyalah selepas 2 tahun aplikasi itu tidak menerima sebarang kemas kini terakhir daripada pembangun tersebut.

Menurut Pixalate, aplikasi-aplikasi di dalam Google Play didapati lebih banyak diabaikan pembangunnya di mana sejumlah 1.1 juta aplikasi telah diabaikan pembangun.

Manakala hanya sekitar 515,000 pembangun sahaja mengabaikan aplikasi-aplikasi mereka di App Store.

Lebih Ramai Pembangun Meninggalkan Aplikasi Android Berbanding iOS – Penyelidik

Menurut Pixalate lagi, kategori aplikasi yang paling banyak diabaikan pembangun aplikasi di Google Play adalah kategori aplikasi Perpustakaan, komik, Kembara, Berita dan Majalah serta Perubatan.

Sementara kategori aplikasi yang paling banyak diabaikan pembangun di app Store pula adalah aplikasi dalam kategori Pelekat, Permainan, Foto dan Video, Buku dan Muzik.

Sumber: Pixalate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY