Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Covid 19

Lebih Daripada 11 Ribu Aduan Sudah Dikendalikan SKMM Setakat 6 Bulan Pertama Tahun Ini

Diterbitkan Ogos 13, 2020 · Dikemas kini Ogos 13, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa setakat 6 bulan pertama tahun ini, mereka telah menerima sebanyak 11,235 aduan daripada orang ramai.

Aduan-aduan tersebut adalah yang berkaitan dengan media baharu seperti penggodaman, perjudian dalam talian, promosi pelacuran, pelanggaran hak cipta, pemalsuan, pornografi, hasutan dan sebagainya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 11,216 aduan telah pun berjaya dikendalikan. Ia bersamaan dengan 99.83% daripada jumlah keseluruhan aduan yang diterima.

Pecahan peratusan aduan yang berjaya dikendalikan termasuklah 80.56% aduan yang telah diberi nasihat, panduan dan pendidikan kepada masyarakat; 18% aduan yang telah dirujuk kepada pihak penyedia platform media sosial untuk tindakan lanjut berasaskan terma dan syarat; serta 1.27% (143 aduan) yang didapati melanggar peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Daripada 143 aduan itu, sebanyak tujuh (7) kes telah didakwa di mahkamah. Manakala pelebihnya dalam pelbagai peringkat siasatan seperti menunggu keputusan atau arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara.

SKMM kuga memaklumkan bahawa mereka turut menerima sebanyak 0.17% aduan-aduan yang berada di luar bidang kuasa mereka.

SKMM memberitahu, aduan-aduan itu telah dirujuk kepada agensi-agensi berkenaan untuk tindakan lanjut.

SKMM turut meminta untuk orang ramai tampil membuat aduan sekiranya terdapat maklumat mengenai penyalahgunaan media sosial atau internet melalui portal https://aduan.skmm.gov.my atau e-mel kepada [email protected].

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY