Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Sedang Menjalankan Kaji Selidik Berkaitan Akses Dan Penggunaan Internet Di Malaysia

Lebih 82% Pengguna Di Malaysia Berpuas Hati Terhadap Servis Jalur Lebar Mudah Alih – SKMM

Diterbitkan Disember 27, 2019 · Dikemas kini Disember 27, 2019 oleh ariff bukhari

Hasil kaji selidik terhadap pengguna telefon pintar di Malaysia bagi sepanjang tahun 2018.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerbitkan laporan Kaji Selidik Penggunaan Telefon Pintar 2018. Laporan terbaru yang diterbitkan ini adalah hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh pihak SKMM sejak dari 12 November hingga 12 Disember 2018 lalu.

Sepanjang tempoh itu, seramai 2401 responden telah terlibat dalam kaji selidik tersebut yang dibuat menerusi sistem telefon berkomputer.

Hasil kaji selidik yang dijalankan SKMM itu mendapati, 8 dari 10 pengguna atau bersamaan dengan 82.4% menyatakan bahawa mereka berpuas hati terhadap servis jalur lebar mudah alih yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penyedia servis di Malaysia.

survey pengguna telefon pintar 2018
Peratusan kepuasan hati pengguna terhadap servis jaur lebar mudah alih yang dilanggan mereka. Kredit: SKMM

 

Sementara 12.4% pengguna tidak berpuas hati terhadap penyedia servis jalur lebar mudah alih mereka. Sebab utama mereka tidak berpuas hati pula adalah berkaitan dengan isu liputan rangkaian. 54.1% pengguna ini menjadikan isu liputan rangkaian sebagai punca utama mengapa mereka tidak berpuas hati terhadap servis yang dilanggan mereka. Ia diikuti oleh ketidak puasan hati terhadap kelajuan rangkaian (45.1% dan harga (28.2%) servis yang ditawarkan oleh syarikat penyedia servis telekomunikasi.

survey pengguna telefon pintar 2018 2
Peratusan sebab utama pengguna tidak berpuas hati terhadap syarikat penyedia servis jalur lebar mudah alih. Kredit: SKMM

Selain itu, data yang diperolehi oleh SKMM mendapati setakat suku ke-4 2018 lalu, pengguna berdaftar dengan servis jalur lebar mudah alih adalah sebanyak 36.8 juta.

Ia adalah peningkatan sebanyak 1.5 juta pelanggan dari tahun sebelumnya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY