Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad SIM_

Lebih 70,000 Talian SIM Prabayar Ditamatkan Sepanjang 2025 – Teo

Diterbitkan Mac 9, 2026 oleh Amalina Athman

Sebanyak 70,122 talian kad SIM prabayar yang disyaki disalahgunakan untuk menghantar mesej mencurigakan telah ditamatkan sepanjang 2025. Jumlah ini meningkat hampir 10 kali ganda berbanding 7,409 talian pada 2024.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata peningkatan itu menunjukkan penyalahgunaan talian kad SIM prabayar masih berleluasa dan memerlukan kawal selia lebih ketat.

“Apabila kita mendapati semakin banyak ta;lian disalahgunakan, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengemas kini garis panduan bagi pembelian dan pendaftaran kad SIM prabayar,” katanya.

Beliau berkata antara langkah baharu yang diperkenalkan termasuk mengehadkan pembelian kad SIM prabayar oleh pelancong asing kepada dua kad bagi setiap syarikat telekomunikasi, berbanding lima sebelum ini.

Selain itu, semua kad SIM prabayar yang didaftarkan oleh pelancong juga akan ditamatkan secara automatik selepas tiga bulan bagi mengurangkan risiko disalahgunakan untuk aktiviti penipuan.

Teo turut menjelaskan bahawa pendaftaran kad SIM perlu menggunakan dokumen pengenalan asal seperti kad pengenalan atau pasport, selain boleh menggunakan MyDigital ID atau pengesahan biometrik.

Langkah itu juga, katanya, mengekang amalan segelintir pengedar menggunakan salinan dokumen untuk mendaftarkan kad SIM tanpa kehadiran pemilik sebenar.

Beliau menambah, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi atau pengedar yang gagal mematuhi garis panduan ditetapkan.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Salah Guna Kad SIM Bagi Tujuan Jenayah Ancam Keselamatan Komunikasi - MCMC
  • Rakyat Malaysia Dibenar Miliki 5 Kad SIM Prabayar Bagi Setiap Telco

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY