Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar

Lebih 4000 Satelit Starlink Kini Berada Di Orbit

Diterbitkan Mei 8, 2023 · Dikemas kini Mei 9, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas melancarkan satelit pertamanya ke orbit pada tahun 2019 dahulu, SpaceX kini dilaporkan sudah mempunyai lebih daripada 4000 buah satelit di orbit.

Berdasarkan semakan menerusi laman astronomi Jonathan’s Space Pages yang mengumpul data statistik Satelit Starlink, SpaceX sudah mempunyai sebanyak 4023 buah satelit di orbit Bumi.

Jumlah itu termasuk 56 buah satelit Starlink yang baru dilancarkan ke orbit pada 4 Mei 2023 lalu

Watch Falcon 9 launch 56 Starlink satellites to orbit → https://t.co/SpsRVRsvz1 https://t.co/P40m7A8Kmc

— SpaceX (@SpaceX) May 4, 2023

Manakala jumlah satelit Starlink yang berfungsi pula setakat 7 Mei 2023 adalah sebanyak 3985 buah. Jumlah itu adalah meliputi Satelit Starlink Gen 1 dan Gen2A.

Daripada jumlah keseluruhan satelit yang telah dilancarkan itu pula, lebih 300 satelit Starlink pula telah dikeluarkan dari orbit ats pelbagai faktor tetapi kebanyakkannya berpunca daripada kegagalan sistem.

SpaceX tidak lama lagi akan melancarkan generasi baru satelit yang lebih besar dan lebih berkemampuan daripada sebelumnya generasi.

Starlink V2

Dikenali sebagai “V2,” ia akan terdapat dua versi berasingan reka bentuk pada satelit ini iaitu satu yang serasi dengan kenderaan pelancar Falcon 9 dan satu lagi adalah yang serasi dengan kenderaan pelancar Starship.

Apabila satelit V2 dilancarkan nanti pada Falcon 9, ia bukan versi bersaiz penuh
direka untuk dilancarkan di Starship.

Satelit V2 yang dilancarkan pada Falcon 9 adalah sedikit lebih kecil,yang dirujuk sebagai satelit “V2 Mini”. Tetapi jangan biarkan nama itu menipu anda, ini kerana satelit V2 Mini mempunyai empat kali kapasiti bagi menampung kapasiti pengguna berbanding generasinya yang terdahulu.

Berkaitan

  • Yes Perkenal Pelan Pascabayar Power 35 - 100GB Data 5G+4G, RM35/Bulan
  • HTC Akan Lancar Peranti Baru, Imej HTC U23 Pro 5G Dengan 4 Kamera Tersebar
  • Pembekal Beri Bayangan Ketiadaan Butang 'Solid State' Pada iPhone 15

Sumber: Jonathan’s Space Pages, PCMag, SpaceX

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY