Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teo Nie Ching_

Larangan Permainan Dalam Talian Tidak Mencukupi, Perlu Ada Ciri Keselamatan Kanak-Kanak – Teo

Diterbitkan Disember 12, 2025 · Dikemas kini Disember 12, 2025 oleh Amalina Athman

Tindakan melarang sesuatu permainan dalam talian, termasuk aplikasi Roblox, dilihat tidak akan menyelesaikan isu keselamatan kanak-kanak.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching sebaliknya berkata isu berkenaan boleh dibendung sekiranya permainan dalam talian dilengkapi ciri-ciri keselamatan khusus untuk golongan tersebut.

Beliau berkata perkara itu merupakan antara yang dibincangkan bersama Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Dr Farah Nini Dusuki, baru-baru ini.

“Tindakan larangan itu (hanya) melarang mereka agar langsung tidak boleh main (permainan dalam talian), mungkin itu bukan cara yang paling bagus. Tetapi, bagaimana kita hendak pastikan bahawa platform itu selamat adalah dengan memastikan bahawa ada ciri keselamatan,” katanya.

Sehubungan itu, Teo mengulangi komitmen kementeriannya yang akan terus membendung isu tersebut menerusi libat urus dengan pihak berkepentingan. Usaha ini bukan sahaja melibatkan penyedia platform permainan dalam talian, tetapi juga aktivitis, badan bukan kerajaan dan pihak berkaitan.

Bulan lalu, Roblox mengambil inisiatif memperkenalkan semakan umur melalui Anggaran Umur Wajah atau pengesahan ID untuk semua pengguna, termasuk kanak-kanak seawal 9 tahun.

Melalui proses ini, pengguna hanya dibenarkan bersembang dengan individu dalam kumpulan umur yang sama atau sesuai. Akses sembang (chat) juga hanya boleh digunakan selepas semakan umur melalui wajah.

Keperluan ini sudah tersedia di Australia, New Zealand dan Belanda, serta akan diperluaskan secara global pada awal Januari depan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Kerajaan Teliti Keperluan Lesenkan Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • Roblox Perkenal Semakan Umur Melalui Video 'Selfie'
  • Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY