Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-29T091243.028

Dell Lancar Barisan Komputer Riba ‘Workstation’ Dengan AI Dipacu Intel Core Ultra 9 Baharu

Diterbitkan Februari 29, 2024 ยท Dikemas kini Februari 29, 2024 oleh Muhd Idham

Sama seperti model Latitude tapi berbeza sedikit. Dell Technologies kini melancarkan komputer riba khas untuk kegunaan stesen kerja yang dinamakan sebagai Precision dengan siri 3000 dan 5000.

Model ini juga dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan daripada Dell iaitu Dell Optimizer yang berperanan dalam meningkatkan prestasi penggunaan dan keselamatan peranti.

Precision 3000

Precision 3490 1
Precision 3490
Precision 3590 3
Precision 3590
Precision 3591 7
Precision 3591

Dari sudut cip pemprosesan, siri 3490 dan 3590 menggunakan Intel Core Ultra 7 manakala siri 3591 mendapat pilihan Intel Core Ultra 9 dengan ketiga-tiganya menjalankan Windows 11 Pro.

Siri komputer riba ini juga dilengkapi memori 64GB RAM DDR5, 2TB storan dan kad grafik Intel Arc Graphics.

Skrinnya pula adalah jenis FHD (1920 x 1080) bersaiz 14 inci dan 15.6 inci dengan kadar segar semula 60Hz.

Precision 5000

Selain daripada itu, Precision juga ada menampilkan siri 5490 dan 5690 yang dikuasakan oleh cip Intel Core Ultra 9 dan menjalankan Windows 11 Pro dengan sokongan memori 64GB RAM LPDDR5X dan 4TB storan.

Precision 5490 4
Precision 5490
Precision 5690 6
Precision 5690

Siri 5490 ini menggunakan skrin QHD+ Touch (2560 x 1600) 14 inci pada kadar segar semula 60Hz manakala jenis skrin siri 5690 adalah OLED Touch (3840 x 2400) 16 inci dengan kadar segar semula 60Hz.

Ketersediaan barisan komputer riba baharu Dell ini dijangka tiba pada bulan Mac 2024.

Berkaitan

  • Dell Lancar Barisan 'Laptop' AI Baharu, Akan Tersedia Pada Mac 2024
  • FedEx Guna EV Maxus Hantar Barang Dari Shah Alam Ke Changi
  • realme C67 Kini Lebih Mampu Milik, Bermula RM729
  • Muslim Pro Perkenal Ciri Baru Dan Kini Dikuasakan AI

Sumber: Siaran Media Dell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY