Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Laptop Diperbuat Daripada Bahan Kitar Semula Mula Dijual Di Malaysia Esok

Posted on November 10, 2021November 10, 2021

Acer hari ini dalam acaranya berkaitan pelestarian alam mengumumkan sebuah komputer riba mesra alam terbaru mereka, Acer Aspire Vero (AV15-51) yang diperbuat daripada bahan yang telah kitar semula.

Acer berkata 30% daripada casis dan 50% daripada butang kekuncinya diperbuat daripada bahan yang telah dikitar semula dan pembungkusannya juga 100% boleh dikitar semula. Ini menjimatkan sehingga 21% pelepasan karbon dioksida.

Dengan skrin IPS LCD 15.6 inci yang boleh dikitar semula, Aspire Vero ini dijana cip generasi ke-11 Intel Core i7 dan Intel Iris Xe Graphics dalam memberikan pengguna prestasi terbaik. Ia dilengkapi Wi-Fi 6, port RJ-45, port HDMI, sebuah port Type-C dan dua port USB Type-A. Teknologi Acer TrueHarmony dan Acer PurifiedVoice pula membantu memberikan kualiti panggilan video yang lebih baik. Mod Eco+ dalam perisian VeroSense menawarkan kecekapan dan hayat bateri yang lebih panjang.

Hadir dengan Windows 11 dan lesen sepanjang hayat Microsoft Office Home & Student 2021, ia tersedia di dalam talian melalui kedai rasmi Acer dan yang diiktiraf pada harga RM3,399.

Bersempena itu juga, sebarang pembelian Aspire Vero dari 11 November hingga 19 November 2021 melayakkan pembeli untuk mendapat menebus hadiah bernilai sehingga RM500 seperti beg Acer, headset tanpa wayar Gateway Pro, kredit e-dompet TnG dan banyak lagi. RM100 daripada setiap pembelian juga akan disalurkan untuk pembiayaan program pokok angkat di Taman Tugu.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Baca juga:

  • Microsoft Windows 11 SE Dan Surface Laptop SE Bakal Saingi Chromebook
  • Microsoft Ada Promosi Istimewa Sempena Shopee 11.11
  • Ini Antara Barang Elektronik Yang Ada Diskaun Sempena Shopee 11.11

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress