'Laptop' 2 Dalam 1 HP Spectre x360 Tiba Di Malaysia, Harga Permulaan RM7199

Selain membawa masuk HP Envy 16, mereka turut melancarkan komputer riba 2 dalam 1 HP Spectre x360 buat pasaran Malaysia.

Spectre x360 ini boleh digunakan sebagai tablet atau komputer riba. Dikuasakan cip Intel Core i7-1255U atau Intel Core i5-1235u yang dipadankan bersama grafik Intel Iris Xe, memori sehingga 32GB 4266MHz dan storan dalaman sehingga 2TB PCIe Gen4 NVMe M.2 SSD.



Terdapat dua jenis pilihan paparan. Pertamanya panel OLED beresolusi 3000x2000 bersaiz 13.5 inci. Kedua, panel IPS LCD beresolusi FHD.

Di dalamnya turut dibekalkan bateri 66Wh dan menyokong pengecasan USB-C berkelajuan 65W. Tidak dilupakan, bahagian sisi komputer riba tersebut dilengkapi 2 port USB C Thunderbolt 4, 1 USB-A 3.2, bicu audio 3.5mm dan pembaca kad mikroSD.

Melengkapkannya, kamera web 5MP bersama sensor inframerah juga diberikan serta 4 pembesar suara ditala Bang & Olufsen yang merancakkan lagi persidangan atau mesyuarat yang sedang dijalankan.



Dari segi harga, ia dijual pada RM7199 bagi varian dengan panel IPS LCD. Manakala varian yang hadir dengan OLED pula berharga RM7599.

Anda boleh membeli komputer riba tersebut menerusi kedai rasmi HP luar atau dalam talian dan juga pengedar yang sah.

Bersempena kehadirannya, HP menawarkan hadiah percuma seperti monitor, tetikus, fon kepala dan perlindungan peranti buat pembeli dalam tempoh terhad.

Kedai rasmi HP di:

Shopee - https://invle.co/clcqvv8

Lazada - https://invol.co/clcqvvm

Sumber: Siaran akhbar HP