Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HP Envy 16

HP Envy 16 Dijual Dengan Harga Bermula RM6999; Intel Gen-12, Intel Arc Alchemist

Diterbitkan Julai 29, 2022 · Dikemas kini Julai 29, 2022 oleh Amsyar Latif

HP kini membawa masuk komputer riba terbaharu mereka di Malaysia, iaitu HP Envy 16. Selain dikuasakan cip pemprosesan Intel generasi ke-12, ia turut hadir dengan kad grafik Intel Arc Alchemist.

Untuk spesifikasi khusus, terdapat dua pilihan cip pemprosesan ditawarkan – Intel Core i7-12700H dan Intel Core i5-12500H. Ia dipadankan pula dengan GPU Intel Arc A370M 4GB GDDR6 atau NVIDIA GeForce RTX 3060 6GB GDDR6.

HP Envy 16 1

Konfigurasi memori pula sehingga 32GB DDR5 4800MHz (2x16GB), storan dalaman sehingga 2TB PCIe Gen4 NVMe M.2 SSD dan sehingga 2 1TB PCIe NVMe M.2 SSD dengan RAID 0.

Beralih pada paparan, skrinnya dilengkapi panel IPS beresolusi WQXGA (2560×1600), kadar segar semula 120Hz, 400 nits, 100% sRGB dan warna Delta E<2.

HP Envy 16 3
HP Envy 16 2

Bagi port, HP melengkapkan dengan 2 port USB-C Thunderbolt 4, 2 USB-A, HDMI 2.1, slot mikro-SD dan bicu audio 3.5mm. Tidak dilupakan juga kamera web HP True Vision dengan sensor 5MP IR.

Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri berkapasiti 83Wh dengan kelajuan mengecas 150W dan 4 sistem pembesar suara yang ditala Bang & Olufson.

Berikut merupakan harga rasmi buat pasaran tempatan:

  • Intel Core i5-12500H, Intel Arc A370M, RAM 16GB – RM6999
  • Intel Core i7-12700H, Intel Arc A370M, RAM 16GB – RM7549
  • Intel Core i7-12700H, NVIDIA RTX 3060, RAM 16GB – RM8459

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan komputer riba HP Envy 16 ini menerusi kedai rasmi HP, laman web HP atau pengedar yang sah.

Kedai rasmi HP di:

Shopee – https://invle.co/clcqvv8

Lazada – https://invol.co/clcqvvm

Sumber: Siaran akhbar HP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY