Berdasarkan laporan terbaru dari firma sekuriti siber, Devcon, 61% iklan hasad tersebut ditujukan untuk pengguna Windows. Statistik itu dibuat dari 11 Julai hingga 22 November tahun ini.
Untuk makluman, iklan hasad itu adalah bertujuan memanipulasi pengguna untuk memuat turun perisian hasad yang sudah tentu membahayakan mereka, Sudah semestinya anda sebagai pembaca sudah biasa dengan iklan sebegini yang bersepah di internet.
Pada statistik tersebut juga, ChromeOS adalah mangsa sasaran seterusnya dengan 22.5%, diikuti MacOS pada 10.5%. Untuk platform mudah alih, Android mempunyai sasaran iklan sebanyak 2.1% dan 3.2% untuk iOS. iPadOS pula sebanyak 0.8%.
Menariknya Linux hanya memperoleh sebanyak 0.3% iklan hasad. Untuk langkah pencegahan iklan, pihak Devcon menyarankan pengguna untuk mengemaskini perisian antivirus, sentiasa membersihkan cache pelayar web, menggunakan pelayar web memfokuskan sekuriti, mengelakkan dari menyimpan kata laluan pada pelayar web, dan sebaliknya hanya menggunakan perisian mengurus kata laluan sahaja.
Sumber: Devcon
Berkaitan
- Sokongan Aplikasi Android Dalam Windows 10 Akan Dijayakan Oleh Project Latte Microsoft
- Microsoft Sedang Membangunkan Cloud PC - Penggunaan Windows PC Peribadi Berasaskan Komputeran Awan Azure
- Counterpoint: Nokia Ungguli Carta Sebagai Pengeluar Paling Konsisten Dengan Kemaskini Perisian
- Microsoft Dilaporkan Sedang Menguji Emulator Aplikasi x86 64-bit Dalam Peranti Cip ARM Windows 10
- Google Bekerjasama Dengan Parallels Untuk Bawa Sokongan Penuh Aplikasi Windows Di Chromebook
- Microsoft Surface Duo Kini Rasmi - Peranti Android Dwi-Skrin Untuk Peminat Surface Dan Perisian Office
- Google Mengumumkan App Defense Alliance Untuk Membanteras Perisian Hasad Di Google Play Store
- Cara Pindah Fail Antara Windows Dan Android Semudah AirDrop
- Pendekatan Perisian OxygenOS 11 Terbaharu Adalah Untuk Mudahkan Pengendalian Satu Tangan
- Windows Vista: Sepatutnya Pengganti Windows XP Tetapi Gagal