Laporan: Kanak-Kanak Di Malaysia Kurang Bermain Permainan Komputer Sepanjang 3 Bulan Awal PKP

Kita sudah menghampiri tempoh 4 bulan selepas PKP dilaksanakan 18 Mac yang lepas. Sepanjang tempoh tersebut, gaya hidup dalam talian kita seperti akses internet, permainan komputer dan lain-lain turut sama berubah.



Kita mungkin menyangka kanak-kanak akan lebih banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer, namun berdasarkan data yang dikongsikan oleh Kaspersky hari ini, perkara sebaliknya berlaku.

Menurut Kaspersky, majoriti kanak-kanak di Malaysia untuk tempoh tiga bulan pertama PKP (Mac, April dan Mei) banyak menghabiskan aktiviti dalam talian mereka dengan melawati halaman perisian, audio, dan video bagi mencari fail. Ia dikaitkan dengan kaedah e-Pembelajaran yang semakin meningkat lanjutan penutup sekolah akibat Covid-19.

Kapsyen: Kaspersky Safe Kids mengimbas kandungan laman web yang cuba diakses oleh kanak-kanak itu, sekiranya laman web tersebut jatuh ke dalam salah satu kategori yang tidak diingini, ia akan menghantar makluman ke Kaspersky Security Network. Tiada maklumat peribadi pengguna dihantar dan tidak mengganggu privasi.


Kaspersky berpendapat penurunan akses kepada permainan komputer adalah disebabkan fokus kanak-kanak lebih terarah kepada pembelajaran digital dan sewaktu dengannya.

Ini boleh dilihat sebagai perkembangan yang baik dimana kanak-kanak diberikan lebih pendedahan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang lebih moden.

Akan tetapi terdapat sisi lain yang perlu diambil perhatian, ontohnya, lebih lama masa dihabiskan dalam talian lebih tinggi risiko ancaman serangan siber. Semasa tempoh PKP berlangsung, Cybersecurity Malaysia melaporkan peningkatan sebanyak 82.5% kes serangan siber yang melibatkan penipuan, pencerobohan dan gangguan lain dalam talian. Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah bersama-sama dengan anak-anak supaya pengalaman melayari internet lebih selamat.