Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lagi Telefon Pintar POCO Didakwa Terbakar Secara Tiba-Tiba Di India

Lagi Telefon Pintar POCO Didakwa Terbakar Secara Tiba-Tiba Di India

Diterbitkan September 8, 2021 ยท Dikemas kini September 8, 2021 oleh ariff bukhari

Sebelum ini iaitu pada April tahun ini pernah dilaporkan tentang satu insiden melibatkan jenama telefon pintar POCO X3 yang didakwa meletop secara tiba-tiba ketika peranti tersebut sedang dicas.

Inisiden tersebut dilaporkan berlaku di India.

Tetapi kini terdapat satu lagi dakwaan baharu, juga oleh seorang pengguna di India yang mendakwa telefon pintar POCO X3 Pro miliknya pula terbakar secara tiba-tiba.

Insiden itu didakwa berlaku tidak lama selepas dia mencabut perantinya itu dari pengecas selepas peranti telah dicas penuh.

Insiden itu dikongsikan mangsa di laman sosial Twitter baru-baru ini beserta imej peranti terbakar serta resit bukti pembelian peranti tersebut.

https://twitter.com/Ammybhardwaj13/status/1434059198359162884

Cuma pengguna tersebut tidak menyatakan secara jelas pengecas yang digunakan bagi mengecas peranti itu adalah pengecas asli atau pengecas pihak ketiga.

Pengguna sentiasa dinasihatkan supaya hanya menggunakan pengecas asli untuk mengecas peranti pintar mereka.

Berkaitan insiden ini, setakat semakan yang dibuat sehingga kini, masih belum ada sebarang respon dari pihak POCO India terhadap insiden tersebut.

Sumber: GizmoChina

Baca juga:

 

  • Poco X3 Didakwa Meletop Secara Tiba-Tiba Ketika Sedang Dicas
  • Lagi Telefon Pintar Xiaomi Didakwa Meletup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY