Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
poco x3 burn

Poco X3 Didakwa Meletop Secara Tiba-Tiba Ketika Sedang Dicas

Diterbitkan April 19, 2021 oleh ariff bukhari

Seorang pengguna di India bernama Aryan Gupta RJ telah berkongsikan insiden yang melibatkan telefon pintar miliknya secara tiba-tiba meletop di laman Twitter.

Menurut Aryan, model telefon pintar Poco X3 yang dibelinya dalam bulan Disember 2020 lalu secara tiba-tiba meletop ketika peranti tersebut sedang dicas.

#pocox3 @POCOGlobal @XiaomiIndia @POCOSupport @jagograhakjago
I had bought Poco X3 in December 2020 and it explodes… yesterday morning while charging what the hell is this.. who is responsible for tragedy. pic.twitter.com/Q9cE8dQKET

— Aryan Gupta RJ (@aryang964) April 14, 2021

Tidak lama selepas perkongsian beliau yang dibuat pada 14 April 2021 itu telah mendapat perhatian pihak Poco India.

Pihak Poco India memaklumkan bahawa mereka sedang menyiasat perkara tersebut. Walaubagaimanapun dalam respon itu juga Poco India menyatakan bahawa berdasarkan pemerhatian awal terhadap keadaan imej bateri yang dikongsikan Aryan, mereka mengandaikan bahawa telah berlaku kerosakan pada bateri tersebut yang dilakukan secara secara paksa sehingga menyebabkan berlakunya insiden letupan.

Currently, our team is investigating into this case to determine the cause. Basis our initial investigation, the damage was caused due to external force. It is evident from the pictures that someone punctured the battery that led to the fire. [2/4]

— POCO India Support (@POCOSupport) April 16, 2021

 

Bateri lithium Ion boleh mendatangkan bahaya sekiranya berlaku masalah pada pengecas, kegagalan atau kecacatan rekaan, kedudukan peranti yang terlalu hampir dengan haba, peranti terjatuh sehingga merosakkan perkakasan dalaman khususnya bateri dan lain-lain.

Sumber: Notebook Check

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY