Qualcomm Technologies memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2, platform audio generasi baharu yang menggabungkan teknologi suara premium dengan kecerdasan buatan (AI) dan sambungan berkuasa tinggi.
Teknologi baharu cip ini menjadikan peranti boleh pakai mampu berinteraksi secara lebih pintar dan responsif.
Platform ini direka khas untuk menyokong pengalaman audio dan suara yang lebih peribadi melalui teknologi AI adaptif.
Ia membolehkan fon telinga dan peranti audio lain termasuklah telefon pintar, fon kepala dan peranti boleh pakai masa depan menyesuaikan bunyi mengikut persekitaran serta keperluan pengguna, menjadikan pengalaman mendengar lebih mendalam dan semula jadi.
Antara ciri baharu diperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 ialah teknologi audio Snapdragon® Audio Sense Solution di mana mikrofon dan algoritma digabungkan bagi membolehkan peranti menangkap suara lebih jelas dalam komunikasi serta responsiviti AI yang lebih pintar.

Selain itu, integrasi Snapdragon Sound, sambungan Wi-Fi 6E berkuasa mikro, dan keupayaan kamera terbina menjadikan peranti ini sesuai untuk kegunaan multimedia dan komunikasi masa nyata.
Dengan pendekatan berasaskan kecerdasan agentik, Snapdragon Sound Elite Gen 2 membuka jalan kepada era baharu audio yang bukan sekadar mendengar, tetapi memahami dan bertindak balas terhadap pengguna.
