Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kuala lumpur

Kuala Lumpur Dan Satu Dua Tempat Di Sabah Dan Sarawak Diramal Dilanda Ribut Petir Hari Ini

Diterbitkan April 12, 2022 · Dikemas kini April 12, 2022 oleh ariff bukhari

Mengikuti perkembangan semasa ramalan cuaca di seluruh negara untuk hari ini, 12 April 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia), kebanyakkan kawasan di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hanya akan mengalami hujan di sebelah paginya.

Tetapi tiada hujan di negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Untuk di sebelah petangnya, ribut petir diramal akan melanda di satu dua tempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kawasan pedalaman di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Tetapi ribut petir ini diramal akan berterusan hingga ke malam di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Bagi di Sabah pula, ribut petir diramal akan melanda di satu dua tempat di daerah Tawau dan Sandakan serta hujan di  Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat.

Sementara ribut petir di sebelah petang turut diramal akan melanda Sarawak di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Jadi kepada penduduk yang berada di kawasan itu khususnya yang sering berdepan insiden banjir bolehlah bersedia dari awal.

Untuk mendapatkan status cuaca semasa terus dari telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi rasmi MyCuaca dari MET Malaysia.

Sumber: met.gov.my

Baca juga:

  • METMalaysia Lancarkan Aplikasi Cuaca Mudah Alih Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY