Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUBG Mobile 2.0

Krafton Dalam Usaha Membawa Masuk Semula PUBG Ke India

Diterbitkan November 9, 2020 · Dikemas kini November 9, 2020 oleh ariff bukhari

Desas desus melaporkan, Krafton dalam usaha membawa masuk semula permainan popular mereka iaitu PUBG Mobile ke India dengan menggunakan servis storan awan dari Microsoft Azure.

Ia merupakan usaha bagi membolehkan platfom permainan peranti pintar itu kembali ditawarkan di India selepas Kerajaan negara itu menutup segala akses dan perkhidmatan permainan tersebut untuk pengguna di India.

Selain daripada permainan PUBG Mobile, Krafton juga akan menggunakan Microsoft Azure untuk menyimpan data para pengguna akaun PUBG Corp. yang menggunakan platfom komputer dan konsol.

Usaha membawa semula PUBG MObile ke India akan dibuat dalam masa terdekat ini iaitu sebelum 14 November atau sebelum bermulanya perayaan Deepavali.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa India telah menyekat penawaran PUBG Mobile kerana mendakwa berlaku kecurian data pengguna permainan tersebut.

Susulan itu, India telah membangunkan permainan alternatif PUBG Mobile mereka sendiri dikenali sebagai FAU-G yang dibangunkan oleh nCore Games.

Sumber: Thurrott

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY