Sejak pengharaman permainan terkenal iaitu PUBG di India, mereka tidak berdiam diri dan menghasilkan permainan mereka sendiri, FAU-G yang akan dilancarkan November 2020.
Lokasi permainan adalah berdasarkan Galwan Valley dan satu video acah berdurasi satu minit telah dikongsikan pelakon Bollywood, Akshay Kumar.
https://twitter.com/akshaykumar/status/1320349392331788288?s=20
Melalui video tersebut juga memberikan gambaran tentang FAU-G serta menunjukkan pertempuran tanpa senjata.
Pembangunnya, nCore telah mengesahkan bahawa ia akan dilancarkan pada bulan November dan tiada tarikh rasmi diumumkan lagi.
Permainan ini tersedia di platform Android dan iOS. Dikatakan juga bahawa permainan ini adalah berdasarkan peristiwa sebenar dimana Pasukan Keselamatan India menangani ancaman dalam dan luar negara.
Sebanyak 20% daripada keuntungan permainan ini akan disumbangkan kepada 'Bharat Ke Veer Trust' untuk menyokong keluarga angkatan bersenjata India yang terkorban.
Sumber: Timesnownews
Berkaitan
- PUBG Mobile Versi 1.2 Rasmi - Peta Erangel Unik Dengan Runic Power
- Pembangun PUBG Mahu Saman Garena, Apple Dan Google Sebab Free Fire
- PUBG: New State Akan Rasmi Untuk iOS Dan Android November Ini
- PUBGM X KL Gangster Akan Dilancarkan Pada Julai Depan
- Jangan Terkejut 'Itik Kuning' Muncul Di PUBG Mobile
- Lepas 4 Tahun, PUBG Kini Boleh Dimainkan Secara Percuma
- Peta Erangel Serba Baharu Dalam Kemaskini PUBG Mobile Versi 1.0
- Selepas PUBG Mobile, Kini Free Fire Pula Diharamkan Di India
- PUBG Lite PC Akan Ditamatkan Pada Hujung Bulan Ini
- Kolaborasi PUBG Mobile Dengan BLACKPINK Bermula Hari Ini