Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad NFC TNG

KPDNHEP Kesan Kegiatan Jual Kad NFC TNG Pada Harga Berlipat Kali Ganda

Diterbitkan September 29, 2022 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh Amalina Athman

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kegiatan penjualan kad NFC TNG pada harga berlipat kali ganda menerusi platform pasaran dalam talian. 

Kad NFC dijual pada harga RM10 melalui stesen minyak terpilih atau menerusi transaksi dalam talian menggunakan aplikasi TnG eWallet dan Lazada. Bagaimanapun, kad tersebut sentiasa mendapat permintaan yang tinggi sejak ia mula dijual.

Berkaitan

  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Bersedia, Ini Petua Beli Kad NFC Di TNG eWallet Dengan Jayanya
  • Kad NFC TNG: Pengguna Perlu 'Beratur' Di eWallet Pagi Ini Akibat Permintaan Tinggi
  • Guna Cara Ini Untuk Tahu Serta-Merta Bila Kad TNG NFC 'Ready Stock' Di Lazada

Menteri Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menerima empat aduan rasmi mengenai kad NFC TNG dan mengesan 13 iklan jualan kad berkenaan membabitkan beberapa platform dalam talian.

Beliau dalam satu kenyataan mendedahkan berdasarkan siasatan awal, penjualan kad NFC TNG itu turut membabitkan pekerja di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak. Individu berkenaan didapati menjual kad tersebut pada kadar lebih lima kali ganda menerusi platform dalam talian.

Berdasarkan semakan dan maklumat daripada pengelola platform dalam talian, KPDNHEP juga telah memeriksa sebanyak 11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan.

Enam notis juga telah dikeluarkan, di mana kegagalan untuk mengemukakan maklum balas atau penjelasan rasmi akan dikenakan tindakan lanjut.

Sebagai tambahan, Nanta berkata pihak KPDNHEP dijangka akan mengadakan pertemuan dengan syarikat TNG pada minggu ini bagi mendapatkan status kaedah semasa penjualan kad NFC TNG dan status isu kekurangan bekalan kad NFC TNG.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY