Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lesen niaga online

KPDNHEP Cadang Perkenal Lesen Khas Perniagaan Dalam Talian

Diterbitkan Mac 19, 2021 oleh Amalina Athman

Ketika ini, kita sering mendengar mengenai penipuan jual beli dalam talian. Sehingga tahun lalu, aduan mengenai traksaksi dalam talian menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 11,510 aduan berbanding 5,414 pada 2019.

Daripada jumlah tersebut, 7,797 aduan adalah berkaitan tidak menerima barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini bercadang untuk memperkenalkan lesen khas perniagaan dalam talian sebagai langkah melindungi pengguna daripada menjadi mangsa ‘scammer’ atau penipuan jual beli di platform tersebut.

Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid berkata, menerusi lesen tersebut, peniaga akan tertakluk kepada syarat yang perlu dipatuhi. Sementara itu, pengguna pula dapat melakukan pembelian dalam talian tanpa ragu-ragu tentang kesahihan dan reputasi peniaga.

Pelaksanaan lesen khas itu dijangka akan dikuatkuasakan dengan segera, sejurus selepas pindaan dilakukan ke atas Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY