Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Korek Hidung Mungkin Menjadi Punca Kepada Sindrom Lupa Ingatan – Kajian

Posted on November 4, 2022November 4, 2022

Sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh saintis dari Universiti Griffith di Australia telah menjalankan kajian punca-punca kepada berlakunya demensia.

Demensia adalah sindrom hilang daya ingatan, sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu atau kerap mengulangi percakapan.

Hasil daripada kajian yang dijalankan kumpulan saintis itu mendapati, tabiat mengorek hidung boleh merosakkan tisu di bahagian dalam hidung sekaligus menyebabkan bakteria mempunyai jalan untuk terus menyerang otak sehingga mungkin menjadi punca kepada peringkat awal penyakit Alzheimer.

Penyelidik itu berkata, mereka menjalankan ujian dengan bakteria yang dipanggil Chlamydia pneumoniae yang boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan radang paru-paru. Bakteria itu juga telah ditemui dalam kebanyakan otak manusia yang terjejas oleh demensia.

{suggest}

“Kami adalah kumpulan pertama yang menunjukkan bahawa Chlamydia pneumoniae boleh pergi terus ke hidung dan ke otak di mana ia boleh mencetuskan patologi yang kelihatan seperti penyakit Alzheimer, ” kata ahli sains saraf Prof. James St John dari Universiti Griffith di Australia.

Tambah beliau, “Kami melihat ini berlaku kepada tikus ujian dan bukti ini berpotensi menakutkan manusia juga.”

Rajah di bawah menunjukkan Bakteria Chlamydia pneumoniae (hijau) di dalam otak tikus yang dikelilingi dengan beta amiloid peptida (merah) (peptida amiloid adalah masalah utama dalam penyakit Alzheimer).

Penemuan itu dibuat menerusi ujian bakteria yang dijalankan ke atas tikus makmal yang menunjukkan bakteria itu boleh bergerak ke atas saraf olfaktori (melalui rongga hidung dan otak). Malah apabila berlaku kerosakan pada epitelium hidung (tisu nipis di sepanjang rongga hidung), jangkitan saraf akan menjadi lebih teruk.

“Jika anda merosakkan lapisan hidung, anda boleh meningkatkan bilangan bakteria yang boleh masuk ke dalam otak anda.” Prof. James St John

Tabiat mengorek hidung bukanlah perkara asing yang dilakukan manusia di mana 9 daripada 10 orang didapati melakukannya.

Sumber: Science Alert, Universiti Griffith

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress