Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Korea Selatan

Korea Selatan Rancang Beli 10,000 GPU Berprestasi Tinggi Untuk Bangunkan AI

Diterbitkan Februari 19, 2025 ยท Dikemas kini Februari 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Kerajaan Korea Selatan berhasrat untuk memperoleh 10,000 unit pemproses grafik berprestasi tinggi (GPU) dalam tahun ini.

Pengumuman itu dibuat Pemangku Presiden Choi Sang-mok di mana ia bertujuan untuk mempercepatkan pelancaran pusat pengkomputeran kecerdasan buatan (AI) kebangsaan.

Ketika ini, negara itu hanya memiliki sekitar 2,000 unit GPU, yang merupakan komponen penting dalam pembangunan AI. Dengan persaingan global semakin sengit, terutama dengan projek berskala besar seperti Stargate Project di Amerika Syarikat, langkah ini dilihat sebagai strategi untuk memperkukuh keupayaan teknologi Korea Selatan.

Antara GPU yang bakal diperoleh termasuk model terkini dari Nvidia, iaitu H100 dan H200, yang terkenal dengan prestasi tinggi dalam pemprosesan data AI.

Menurut Choi, inisiatif ini akan dilakukan melalui kerjasama awam-swasta bagi memastikan pusat pengkomputeran AI dapat dilancarkan lebih awal.

Usaha ini adalah sebahagian daripada strategi kerajaan untuk meletakkan Korea Selatan dalam senarai tiga kuasa besar AI dunia. Dengan GPU yang lebih canggih, negara itu dijangka dapat meningkatkan keupayaan latihan AI, pemprosesan data, dan pengkomputeran berkelajuan tinggi dalam pelbagai industri.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Nvidia Mula Tamatkan Sokongan Pemacu GPU Lama, Anda Perlu Pertimbang Naik Taraf GPU Baharu
  • Korea Selatan Larang Simpan 'Power Bank', Rokok Elektronik Di Dalam Kabin Pesawat
  • Korea Selatan Sekat Muat Turun Baharu Aplikasi DeepSeek

Sumber: yonhap

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY