Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Konsep ‘Leap Second’ Hanya Memudaratkan Sistem Komputer, Gergasi Teknologi Mahu Ia Dimansuhkan

Konsep ‘Leap Second’ Hanya Memudaratkan Sistem Komputer, Gergasi Teknologi Mahu Ia Dimansuhkan

Diterbitkan Ogos 4, 2022 · Dikemas kini Ogos 4, 2022 oleh ariff bukhari

4 Gergasi teknologi iaitu Google, Microsoft, Meta dan Amazon secara bersama telah memulakan gerakan bagi mendesak ‘Leap Second‘ dimasuhkan.

Leap Second merupakan konsep yang mula diperkenalkan dalam tahun 1972 dahulu oleh Perkhidmatan Sistem Rujukan dan Putaran Bumi Antarabangsa (IERS).

Tujuan Leap Second diwujudkan adalah untuk mengemas kini Pelarasan Waktu Sejagat (UTC) secara berkala ekoran ketidak tepatan pemerhatian masa solar (UT1) dan putaran perlahan Bumi untuk jangka panjang.

Sejak ia diperkenalkan, UTC telah dikemas kini sebanyak 27 kali.

Kali terakhir UTC dikemas kini adalah pada 31 Disember 2016 dahulu di mana tetapan bacaan masa UTC sebelum itu adalah 23:59:59 telah ditukarkan kepada 0:0:0 iaitu dimasukkan penambahan 23:59:60.

Keadaan itu menyebabkan sistem komputer menjadi kucar-kacir kerana ia bergantung kepada ketepatan rangkaian pelayan bagi menjadual dan merekod urutan aktiviti seperti memasukkan data ke dalam pangkalan data.

leap second
Kredit: Meta

Gergasi teknologi menyatakan, akibat membuat perubahan pada tetapan masa itu menyebabkan lebih banyak masalah seperti kegagalan rangkaian internet.

Berkaitan

  • Bumi Berputar Semakin Pantas, Saintis Mahukan 1 Minit Ditukar Kepada 59 Saat
  • 'Super Full Moon', Jarak Bulan Dari Bumi Sehampir 363,396KM
  • 'Bandwidth' Teknologi PCIe 7.0 Mampu Capai 512 GB/s, Bakal Hadir 2025

Meta menerusi saintis penyelidiknya bernama Ahmad Byagowi dalam satu kenyataan menyatakan, leap second memberi kesan buruk kepada aplikasi digital, saintis dan perisian yang bergantung kepada masa atau jadual.

Malah Meta mengatakan, tanpa leap second sistem komputer akan kekal baik untuk tempoh sekurang-kurangnya 2,000 tahun lagi.

Oleh itu, Meta menggesa supaya satu teknologi baru harus diperkenalkan bagi menggantikan konsep leap second yang digunakan sekarang.

Sebelum ini leap second telah mencetuskan kegagalan kepada rangkaian pelayan Reddit dalam tahun 2012 dahulu. Ia juga memberi isu kepada Mozilla, LinkedIn, Yelp dan servis tempahan pengangkutan udara Amadeus.

Kemudiannya dalam tahun 2017, leap second telah menyebabkan gangguan kepada infrastruktur pelayan Cloudflare.

Sumber: Meta, CNET, ScienceDaily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY