Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mcmc_featured image

Komen Lucah Di Facebook Berkaitan Khatan Bayi Perempuan, 3 Individu Di Kompaun RM75,000

Diterbitkan Julai 22, 2024 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah RM25,000 setiap seorang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik komen yang bersifat lucah melalui aplikasi media sosial Facebook yang ditujukan kepada bayi kepada seorang doktor.

Penggunaan perkataan lucah tersebut ditulis di ruangan komen sebuah portal hiburan yang menerbitkan satu artikel berkenaan amalan khatan bayi perempuan di United Kingdom.

Komen Lucah Di Facebook Berkaitan Khatan Bayi Perempuan, 3 Individu Di Kompaun RM75,000
Gambar 1 hingga 3: Tiga suspek sedang dirakam percakapan. Gambar 4: Serahan kompaun kepada salah seorang suspek.

Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang perbuatan atau penghantaran komunikasi yang antara lain bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati, atau mengganggu orang lain yang mana sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan mengeluarkan kata-kata jelik dan menjijikkan, atau dalam kes ini kata-kata yang bersifat seksual tentang alat sulit bayi perempuan, adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Bayaran Transaksi Shopee Naik Kepada 3.5% Bermula Ogos Ini

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY