Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hideo kojima

Kojima Rancang ‘Game’ Di Mana Pemain Lupa Siapa Mereka — Idea “Melawan Logik” Industri ‘Game’

Diterbitkan Mei 15, 2025 · Dikemas kini Mei 15, 2025 oleh Amsyar Latif

Hideo Kojima, nama besar di sebalik Metal Gear Solid dan Death Stranding, kini bercakap tentang satu idea radikal untuk projek permainan masa depan, iaitu sebuah permainan video di mana watak utama perlahan-lahan melupakan siapa dirinya dan tujuan asalnya. Ya, bukan naik level atau tambah skill tetapi semakin hilang identiti.

Dalam temu bual bersama IGN, Kojima berkongsi bahawa konsep ini datang daripada minat mendalamnya terhadap tema memori dan identiti, yang memang sering muncul dalam karya-karyanya sebelum ini.

Kali ini, beliau mahu mencipta sesuatu yang lebih emosional dan introspektif, iaitu pengalaman yang boleh membuat pemain rasa keliru, terasing dan akhirnya mencari erti sebenar dalam dunia maya yang dibina.

“Kalau kita boleh buat pemain benar-benar lupa siapa mereka dalam game dan alami proses menemui diri semula, itu boleh jadi pengalaman yang sangat peribadi,” ujar Kojima.

Setakat ini, idea tersebut belum diterjemahkan sebagai projek rasmi. Namun seperti biasa dengan Kojima, satu kenyataan pun cukup untuk buat peminat game di seluruh dunia teruja (dan mungkin juga sedikit pening).

Dengan Death Stranding 2 bakal tiba 26 Jun depan, peminat Kojima akan terus memerhati setiap langkahnya dan mungkin, satu hari nanti, kita akan bermain game yang buat kita lupa bahawa kita sedang bermain.

Malah, saya sendiri yang amat meminati setiap karya Kojima, agak teruja dengan idea gilanya kerana sukar sebenarnya untuk memahami permainan video yang dicipta Kojima tetapi masih seronok untuk dimainkan — contohnya Death Stranding.

Berkaitan

  • Tarikh Pelancaran Dan Harga Death Stranding 2 Diumumkan, Tersedia Dalam 3 Edisi
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Kos GTA 6 Didakwa US$2 Bilion – Fakta Sebenar Di Sebalik Angka Yang Tular
  • Rockstar Sahkan Treler GTA 6 Gabungan 'Gameplay' dan 'Cutscene' Sebenar Dari PS5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY