Klinik Dan Hospital Kerajaan Kini Guna Teknologi AI, Kesan Kanser Paru-Paru Lebih Awal

Kanser paru-paru tersenarai sebagai kanser paling kerap dihidapi rakyat, dengan nisbah 19:1 kematian bagi setiap 100,000 penduduk di negara ini.

Lebih membimbangkan, 80 peratus diagnosis pesakit berada pada tahap empat, iaitu apabila kanser merebak ke bahagian lain badan.

Ia membuktikan kepentingan saringan awal untuk mempercepatkan diagnosis dan rawatan kepada pesakit. 

Sempena Ulang Tahun Ke-10 Institut Kanser Negara’s (IKN), AstraZeneca mengumumkan kerjasama bagi memangkin pendigitalan kesihatan negara menerusi pengenalan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) x-ray di kemudahan saringan awal paru-paru Klinik dan Hospital Kerajaan menerusi program Projek Saringan Awal Paru-Paru (SAPU).

Kapsyen: Vinod Narayanan – Presiden, AstraZeneca Malaysia, bersama Dr. Puteri Norliza binti Megat Ramli – Timbalan Pengarah, Institut Kanser Negara, pada pengumuman kerjasama.


Sebagai pusat kecemerlangan penjagaan kesihatan kanser negara, IKN bakal menjadi institusi kerajaan pertama negara ini yang menerapkan penggunaan teknologi AI.

Projek SAPU akan bertindak sebagai pemangkin kepada penerapan teknologi AI dalam saringan x-ray di kemudahan kesihatan lain milik kerajaan.

Projek SAPU juga melangkaui saringan kanser paru-paru. Memanfaatkan teknologi AI dalam menilai imbasan X-rays, teknologi ini berupaya membantu pengamal kesihatan mengesan lebih 30 penyakit berkaitan paru-paru atau patologi, seperti COVID-19, batuk kering dan fibrosis paru-paru.

SAPU turut bertujuan merapatkan jurang orang awam mendapatkan akses kepada teknologi termaju dan mengenal pasti lebih ramai pesakit di peringkat awal kanser. 

{suggest}


Sumber: Siaran media IKN