Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DBKL Perlu 20,000 CCTV Untuk Pantau Jenayah Dan Kesesakan Jalan Raya – TPM

KL Kini Dilengkapi 10,000 CCTV Dipacu AI

Diterbitkan Mei 5, 2026 · Dikemas kini Mei 5, 2026 oleh ariff bukhari

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan Sistem CCTV Bersepadu berskala besar melibatkan sejumlah 10,000 kamera dipasang  di lokasi strategik bandar Kuala Lumpur termasuk jalan utama, persimpangan, kawasan awam dan pusat komersial.

Pihak PDRM memaklumkan, sistem kamera ini turut  menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan, menganalisis dan memberi amaran masa nyata terhadap aktiviti mencurigakan, serta mencetuskan tindakan secara masa nyata, sekali gus meningkatkan kecekapan respons antara agensi dalam meningkatkan keselamatan awam dan pengurusan trafik.

Antara fungsi utama yang lainnya termasuklah ciri pengecaman wajah, geo-fencing di kawasan berisiko tinggi, analitik tingkah laku, serta sistem siar raya untuk memberi amaran segera.

KL Kini Dilengkapi 10,000 CCTV Dipacu AI
Menerusi demo yang dipaparkan, DBKL berkata, sistem CCTV beresolusi tinggi mereka mampu imbas wajah dan rekod data individu, sekali gus membolehkan mereka mengekori ke mana saja individu tersebut bergerak di dalam kawasan Kuala Lumpur dengan data terseimpan selama 60 hari.

Selain itu, ciri pengumuman keselamatan dalam lima bahasa pada setiap 10 minit di lokasi tumpuan seperti KLCC didapati turut berkesan dalam membantu melindungi orang awam daripada ditpu juru foto jalanan yang sering berlegar mencari mangsa di sekitar kawasan tersebut.

DBKL turut memaklumkan, keberkesanan sistem ini terbukti apabila kadar kes jenayah yang berjaya diselesaikan meningkat sehingga 50% hasil perkongsian maklumat antara DBKL dan PDRM.

KL Kini Dilengkapi 10,000 CCTV Dipacu AI

Yakin dengan keberkesanan sistem CCTV baharu ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh ada pesanan untuk penjenayah,

“Jika mereka berfikir untuk melakukan jenayah, mereka harus mengelakkan Kuala Lumpur kerana CCTV di sini sangat beresolusi tinggi, ia memastikan pengecaman wajah”

Berkaitan

  • DBKL Perlu 20,000 CCTV Untuk Pantau Jenayah Dan Kesesakan Jalan Raya - TPM
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • 63% Pelanggan Proton Beralih Dari ICE Ke e.MAS 7 PHEV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY