Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKM Akan Guna AI Untuk Kesan Awal Kawasan Denggi

KKM Akan Guna AI Untuk Kesan Awal Kawasan Denggi

Diterbitkan Julai 23, 2025 · Dikemas kini Julai 23, 2025 oleh Amsyar Latif

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang membangunkan satu sistem kecerdasan buatan (AI) bagi mengenal pasti kawasan yang berpotensi menjadi lokasi wabak denggi.

Sistem ini bertujuan membantu pasukan kesihatan mengenal pasti kawasan berisiko sebelum berlaku peningkatan kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pendekatan ini akan membolehkan tindakan pencegahan dilakukan lebih awal dan secara lebih bersasar, terutamanya di kawasan yang sering terjejas setiap tahun.

Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah kematian akibat denggi kini melebihi kematian COVID-19.

Dalam usaha mengekang penularan denggi, KKM meneruskan pelaksanaan program nyamuk Wolbachia di lebih 40 kawasan.

Program ini menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan populasi nyamuk Aedes, dengan kadar kejayaan antara 45 hingga 100 peratus bergantung kepada kawasan.

Selain itu, Dr Dzulkefly turut menyatakan bahawa penyelidikan bagi pembangunan vaksin denggi sedang diteruskan oleh Universiti Malaya di bawah penyelarasan KKM.

Pendekatan teknologi seperti ini dijangka menjadi sebahagian penting dalam pengurusan penyakit berjangkit di Malaysia, selari dengan trend penggunaan AI dalam sektor kesihatan global.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Malaysia Catat 76% Penggunaan Internet Mudah Alih, Tapi Jurang Masih Ketara
  • Sistem MyVISA 2.0 Mulai 1 Ogos - Guna Teknologi AI, Temu Duga Maya

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY