Sebagai langkah peringatan, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini telah menyatakan penggunaan fon telinga dan fon kepala yang terlalu lama boleh memberi impak kepada deria pendengaran kita.
Menurut KKM, kesan terhadap penggunaan itu berlaku secara perlahan-lahan. Walaupun ia tidak menyakitkan, tetapi kesannya kekal dan dijelaskan juga, ia tidak boleh diubati.
Penggunaan earphone atau headphone yang terlalu lama boleh merosakkan deria pendengaran anda.
Kesannya berlaku secara perlahan-lahan, tidak menyakitkan tetapi kekal. pic.twitter.com/xbXNf3TlJG
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 30, 2020
Selain itu, KKM turut menyertakan beberapa langkah untuk mencegah perkara ini daripada berlaku. Pertama sekali adalah meminimumkan penggunaan, mengelakkan penggunaan earbud, tetapkan tahap kelantangan audio tidak lebih dari setengah dan tidak menggunakannya lebih daripada 90 minit.
KKM juga menasihatkan pengguna supaya memberikan masa rehat kepada telinga, hal ini supaya anggota badan tersebut boleh membaiki kerosakan yang dialami. Telinga memerlukan 16 jam untuk perbaiki kerosakan disebabkan bunyi kuat sepanjang malam.
Suka kami untuk mengingatkan kepada semua, tiada masalah untuk menggunakan fon telinga mahupun fon kepala, tetapi haruslah dalam keadaan sederhana dan tidak keterlaluan.
Berkaitan
- Ini Empat Model Baru Yang Dilancarkan Nokia
- Khabar Angin - Huawei Mate 10 Pro Mungkin Hadir Dengan Lensa f/1.6
- Xiaomi Mi Mix 2S Mungkin Peranti Pertama Menggunakan Snapdragon 845
- MYTV Akan Dihapuskan? Ini Tweet Balas Daripada Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
- Gambaran Lebih Dekat Lubang Pada Panel Hadapan Samsung Galaxy A8s
- µTorrent Dilapor Mempunyai Kelemahan Sekuriti
- Perkongsian Lokasi Google Maps Akan Paparkan Status Bateri
- YouTube Untuk Nintendo 3DS Akan Ditamatkan Bermula 3 September Ini
- Adakah iPhone 12 Akan Hadir Dengan Rekaan Seperti Ini?
- HONOR Play 3 Rasmi Dilengkapi Bateri 4000mAh Dan Kirin 710F