Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Kjell Elvis” Cipta Rekod Dunia, Menyanyi Selama 50 Jam, 50 Minit dan 50 Saat

“Kjell Elvis” Cipta Rekod Dunia, Menyanyi Selama 50 Jam, 50 Minit dan 50 Saat

Diterbitkan Julai 27, 2020 oleh Nadiah Ab

kjell elvis

Pada hari Sabtu yang lalu, seorang lelaki Norway telah mencipta rekod dunia baru dengan menyanyikan lagu-lagu Elvis Presley selama 50 jam, 50 minit dan 50 saat berturut-turut dalam pertandingan dalam talian. Kjell Henning Bjornstad, juga dikenali dengan nama pentasnya, “Kjell Elvis”, telah menyelesaikan maraton nyanyian itu di sebuah pub di Oslo.

Menurutnya, beliau tidak akan melakukannya lagi setelah berjaya memecahkan rekod yang diakui oleh Guinness World Record. Persembahan beliau telah disiarkan oleh tabloid Oslo VG.

Bjornstad mula menyanyi pada hari Khamis pagi dan beralih antara duduk dan berjalan di atas pentas. Apabila beliau selesai menyanyi kesemua lagu Elvis, beliau mula menyanyi lagi.

Bjornstad yang sentiasa disajikan air panas dengan madu dan limau, telah diawasi oleh seorang pakar pemakanan dan pakar perubatan. Penyanyi itu dinasihati untuk mengurangkan pengambilan kopi dan sebaliknya bergantung kepada smoothie, buah, dan bar tenaga untuk mengekalkan suaranya.

“Kjell Elvis” dibolehkan berehat lima minit setiap jam. Sebelum ini pada tahun 2004, penyanyi German, Thomas “Curtis” Gaethje telah menetapkan rekod maraton nyanyian Elvis Preseley selama 43 jam, 11 minit dan 11 saat.

“Kjell Elvis” Cipta Rekod Dunia, Menyanyi Selama 50 Jam, 50 Minit dan 50 Saat

Menariknya, ini bukan kali pertama penyanyi Norway ini mencipta rekod. Pada tahun 2003, Bjornstad pernah menyanyi selama 26 jam tanpa henti. Pengurus Bjornstad, Helge Johansen berkata ‘An American Trilogy’ dan ‘Teddy Bear’ adalah lagu-lagu kegemaran Bjornstad.
Selain dikenali sebagai “The King“, penyanyi dan juga pelakon, Elvis Presley juga digelar salah seorang daripada ikon budaya abad ke-20. Bukan itu sahaja, Elvis Presley juga mempunyai lebih 20 lagu hit nombor satu, pernah memenangi album emas lebih daripada orang lain, dan menjual lebih 146 juta album seluruh dunia, menurut Recording Industry Association of America.
Untuk makluman, sumbangan yang diterima dari maraton nyanyian “Kjell Elvis” itu akan digunakan sebagai dana kepada sebuah hospital yang menempatkan pelarian di Myanmar.
Sumber: The Star
Seterusnya: Gitar Kurt Cobain Termahal Dijual Pada Harga US$6 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY