Gitar Kurt Cobain Termahal Dijual Pada Harga US$6 Juta

Sebuah gitar yang pernah dimainkan oleh penyanyi dari kumpulan Nirvana, Kurt Cobain telah menjadi gitar termahal dijual pada harga US$6,010,000 (~RM25 juta). Jualan ini sekaligus berjaya meraih Guinness World Records. 

gitar kurt cobain termahal dijual

Kurt Cobain pernah memainkan gitar Martin D-18E 1959 ini semasa rakaman MTV Unplugged di New York, pada 18 November 1993, lima bulan sebelum kematiannya.

Dijual bersama sarungnya sekali di Julien's Auctions di Los Angeles, bidaan bermula pada harga US$1 juta (~RM4.27 juta). Gitar ini akhirnya dijual kepada Peter Freedman, pengerusi Rode Microphones. Sarung gitar itu juga telah dihiasi oleh Cobain dengan poster dari album tahun 1990 bertajuk 'Feel the Darkness' dari kumpulan Poison Idea.

gitar kurt cobain termahal dijual

Freedman mengatakan dia merancang untuk membawa gitar dalam lawatan ke seluruh dunia, dengan hasilnya untuk menyokong seni persembahan. Katanya lagi, belian ini ibarat "peluang sekali seumur hidup" yang tidak boleh dilepaskan.

Sebelum ini, rekod sejarah gitar termahal dijual adalah Fender Stratocaster yang digunakan oleh pemain gitar Pink Floyd, David Gilmour. Ia memperoleh hampir US$4 juta (~RM17 juta) di penjualan amal pada bulan Jun 2019.

Sumber: BBC

Berkaitan