Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honda ceo

“Kita Tak Ada Peluang” – Bos Honda Terkejut Lihat Kecanggihan Kilang Di China, Akui Jepun Ketinggalan

Diterbitkan April 20, 2026 oleh Amsyar Latif

Satu kenyataan jujur yang jarang-jarang didengar daripada seorang pemimpin gergasi automotif Jepun telah mencetuskan perbincangan hangat.

Presiden dan CEO Honda, Toshihiro Mibe, dilaporkan mengakui bahawa Honda kini dalam kedudukan yang sangat sukar untuk menandingi kecekapan pengeluaran di China.

Memetik laporan daripada Nikkei Asia, segalanya bermula selepas Mibe melawat sebuah kilang pembekal automotif di Shanghai pada Februari 2026.

Beliau melihat sendiri operasi kilang yang sepenuhnya automatik tanpa pekerja di lantai produksi, sebuah fasiliti yang membekalkan komponen kepada Tesla dan jenama EV China yang lain.

Tergamam dengan kelajuan dan tahap automasi tersebut, Mibe dilaporkan berkata: “Kita tidak ada peluang untuk lawan benda ini.”

Ketakutan Mibe bukanlah tanpa alasan. Statistik menunjukkan Honda kini sedang bergelut di pasaran China dengan kemerosotan jualan selama lima tahun berturut-turut.

Daripada jualan puncak sebanyak 1.62 juta unit pada 2020, angka itu jatuh menjunam kepada hanya 640,000 unit pada 2025, dan dijangka terus merosot ke bawah 600,000 unit tahun ini.

Lebih parah, Honda terpaksa membatalkan beberapa projek EV besar yang melibatkan kerugian anggaran mencecah AS$15.8 bilion (kira-kira RM70 bilion) akibat gagal bersaing dengan harga rendah dan teknologi pantas daripada jenama seperti BYD dan Nio.

Menyedari birokrasi ibu pejabat yang terlalu perlahan sebagai punca utama mereka ketinggalan, Honda mengumumkan reformasi besar-besaran bermula 1 April 2026.

Beribu-ribu jurutera kini dipindahkan semula ke unit Honda R&D yang bebas untuk membolehkan mereka berinovasi dengan lebih pantas tanpa sekatan pengurusan atasan.

Ramai penganalisis automotif melihat langkah ini sebagai pengakuan bahawa Honda (dan jenama Jepun lain) sedang ketinggalan dari segi kelajuan pembangunan dan kos berbanding rantaian bekalan China.

Berkaitan

  • (Video) Motosikal Honda Pokemon Beraksi Di Litar Lumba Suzuka
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Projek EV Sony & Honda Dibatalkan, Jenama AFEELA Tinggal Kenangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
©2026 WISER.MY