Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Laman Web Baharu Ini Abadikan Kisah Kanak-Kanak Mangsa Bom Hiroshima & Nagasaki

Diterbitkan Julai 1, 2025 · Dikemas kini Julai 1, 2025 oleh Amsyar Latif

Menjelang ulang tahun ke-80 pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos ini, kumpulan anti-nuklear yang memenangi Hadiah Nobel, International Campaign to Abolish Nuclear Weapons (ICAN), telah melancarkan sebuah memorial dalam talian bagi memperingati 38,000 kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan tersebut.

Platform ini memaparkan lebih 400 profil kanak-kanak, termasuk foto, latar belakang kehidupan, detik kematian mereka yang menyayat hati, serta kisah keluarga yang ditinggalkan.

ICAN memorial
Memorial dalam talian, boleh akses di sini

ICAN berharap inisiatif ini dapat memperingati mangsa dan memberi kesedaran terhadap keperluan mendesak untuk penghapusan senjata nuklear, terutamanya di tengah ketegangan geopolitik global yang semakin meningkat.

Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom di Hiroshima pada 6 Ogos dan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945, menyebabkan sekitar 210,000 kematian yang mana termasuk 38,000 kanak-kanak.

Screenshot 2025-07-01 at 5.47.36 PM

Hingga kini, Washington tidak pernah memohon maaf atas tindakan tersebut.

Kenyataan terkini oleh bekas Presiden AS, Donald Trump, yang membandingkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki telah mencetuskan kecaman dari mangsa terselamat dan pihak berkuasa tempatan Jepun.

Dalam perkembangan berkaitan, bilangan mangsa terselamat pengeboman atom kini telah jatuh di bawah 100,000 buat kali pertama, menurut data Kementerian Kesihatan Jepun, dengan purata umur mereka kini melebihi 86 tahun.

Tahun ini, duta dari beberapa negara termasuk Rusia dijangka hadir ke majlis peringatan di Nagasaki, walaupun tidak ke acara di Hiroshima.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Saintis Jepun Cipta Plastik Yang Terurai Dalam Air Laut Beberapa Jam Sahaja
  • 50 Pelancaran, 1 Gagal - Roket H2A Buktikan Kuasa Teknologi Jepun

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY