Dapat model lego pun jadilah...
Anda peminat motorsikal lumba Ducati? Motorsikal berkelajuan tinggi ini mungkin hanya mampu dimiliki oleh sebahagian kecil pengguna sahaja kerana harganya yang mahal.
Tetapi kini tidak lagi mustahil dengan adanya model Ducati Panigale V4 R dari LEGO Technic yang berharga USD69.99.
Model terbaru LEGO Technic ini adalah hasil perjanjian perlesenan yang baru dimeterai antara LEGO Group dan Ducati Motor Holding.
Sekaligus menjadikan motosikal Ducati Panigale V4 R sebagai yang pertama dijadikan model LEGO bagi barisan motorsikal keluaran Ducati.
Tapi ini juga bermakna, mungkin akan ada lagi model LEGO Technic motorsikal Ducati yang lain pula pada masa akan datang.

Untuk membina model LEGO Technic terbaru ini, ia melibatkan sebanyak 646 keping LEGO yang direka khas bagi menjadikan ia lengkap sempurna sebagai Ducati Panigale V4 R.
Panigale V4 R mempunyai kuasa kuda 221hp pada kelajuan enjin 15,250 rpm yang dikuasakan oleh enjin bersasaran 998 cc, Desmosedici Stradale R.
Jika anda berminat untuk memiliki versi LEGO Technic motorsikal Ducati ini, anda perlu menunggunya memasuki pasaran pada 1 Ogos 2020 nanti.
Untuk info lanjut, layari laman rasmi LEGO.com
Berkaitan
- LEGO Keluarkan Model Replika Yamaha MT-10 SP, Di Pasaran Bermula 1 Ogos 2023
- LEGO Mengeluarkan Replika Model Kereta Lumba Porcshe 911 RSR
- Anda Kini Boleh Memiliki Kit Model Lego Kereta Lumba Dodge Charger Dari Filem Fast And Furious
- Model Sempurna Iron Man Ini Dihasil Menggunakan Lebih Daripada 35,000 Lego
- LEGO Optimus Prime Ini Pasti Disambar Peminat Figura Aksi
- LEGO Hasilkan Replika Arked PAC-MAN Berharga RM1,199.90
- LEGO Hadir Dengan Set Mainan Terbaru 'LEGO® Back to the Future'