Kini Anda Boleh Beli Juadah Di Bazar Kampong Baru Tanpa Wang Tunai Menggunakan Touch 'n Go eWallet

Sambutan Ramadan tahun ini mendapat satu suntikan inovasi baru apabila Touch ‘n Go eWallet (eWallet) diaktifkan di setiap sudut Bazar Ramadan Kampong Bharu.



Para pengguna eWallet kini boleh membuat pembayaran pelbagai juadah iftar di kira-kira 400 pengusaha di bazar dengan mengimbas kod QR peniaga.

Sebaik juadah dibeli, pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa bersama-sama orang ramai di Halaman Sempoi yang terletak di Rumah Warisan.



Menurut Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd berkata "Langkah yang diambil ini adalah satu inisiatif kami untuk memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai kelebihan sistem pembayaran tanpa tunai"

Pengunjung pasti akan teruja dengan pelbagai aktiviti menarik di bazar tersebut termasuklah jumlah pulangan wang bernilai RM1,000,000 menerusi Ketupat Runtuh, ataupun pembelian barangan eksklusif menerusi Hadiah Extra Sempoi dan banyak lagi.



Berpaksikan amalan bersedekah di bulan Ramadan, para pengunjung yang berada di Masjid Jamek Kampong Bharu juga boleh membuat derma ikhlas melalui eWallet dengan mengimbas kod-kod QR yang terdapat di sekitar kawasan
masjid.

Bazar Ramadan ‘Kashless’ Kampong Bharu dibuka setiap hari bermula jam 3 petang dari 6 Mei hingga 31 Mei 2019.



Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat serta senarai aktiviti penuh di bazar, layari www.tngd.my/rayasempoi atau kunjungi www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk maklumat terkini.

Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.