Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kini Anda Boleh Mainkan Permainan Microsoft Flight Simulator Versi Pertama Hingga Empat Terus Dari Pelayar Anda

Kini Anda Boleh Mainkan Permainan Microsoft Flight Simulator Versi Pertama Hingga Empat Terus Dari Pelayar Anda

Diterbitkan Ogos 25, 2020 oleh ariff bukhari

Ada yang berminat dengan permainan Microsoft Flight Simulator 2020, tetapi berasa kecewa kerana spesifikasi komputer mereka tidak menyokong keperluan minimum untuk memainkan permainan tersebut.

Jadi bagi mengubat kekecewaan itu, apa kata anda bermain versi pertama Microsoft Flight Simulator yang kini boleh dimainkan terus saja dari pelayar anda.

Untuk itu, anda harus berterima kasih kepada Sebastian Macke iaitu seorang jurutera perisian yang telah mencipta laman khas di Github bagi membolehkan para peminat kapal terbang memainkan simulasi memandu kapal terbang yang dibangunkan oleh Microsoft pada tahun 1982 dahulu.

Cuma untuk versi pertama permainan ini, jangan pula bandingkan kualiti grafiknya dengan versi tahun 2020. Sudah tentulah ia amat jauh berbeza.

Malah saiz fail permainan ini juga amatlah jauh berbeza di mana versi pertama Microsoft Flight Simulator hanyalah bersaiz 53KB sahaja.

Manakala Microsoft Flight Simulator 2020 pula memerlukan minimum storan bersaiz 150GB.

Jika anda berminat untuk memainkan versi pertama permainan simulasi kapal terbang ini, anda bolehlah ke laman Github s-macke/FSHistory.

Kini Anda Boleh Mainkan Permainan Microsoft Flight Simulator Versi Pertama Hingga Empat Terus Dari Pelayar Anda
Antaramuka permainan Microsoft Flight Simulator Versi Pertama yang dilancarkan pada November 1982.

Atau jika anda mahu memainkan versi Microsoft Flight Simulator 2020, anda bolehlah membelinya dari laman STEAM yang berharga dari RM234.00.

Permainan tersebut sudah pun mula ditawarkan sejak 18 Ogos lalu.

Cuma pastikan terlebih dulu spesifikasi komputer anda sama ada ia mampu memainkan permainan tersebut ataupun tidak.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY