Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kilang Simen Serap Karbon Pertama Di Dunia Dilancarkan

Kilang Simen Serap Karbon Pertama Di Dunia Dilancarkan

Diterbitkan Jun 23, 2025 oleh ariff bukhari

Norway telah merasmikan kemudahan penangkapan karbon berskala besar yang pertama di dunia untuk kilang simen.

Terletak di Brevik, kilang simen milik syarikat Heidelberg Materials ini mampu menangkap sehingga 400,000 tan karbon dioksida (CO₂) setahun — bersamaan dengan 50% daripada jumlah pelepasannya.

Dengan teknologi penyerapan berasaskan pelarut amino, kilang ini menjadi perintis dalam menghasilkan simen yang hampir bebas karbon.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Heidelberg Materials, Dominik von Achten, simen yang dihasilkan akan hampir sifar pelepasan karbon, dan apabila ia diproses menjadi konkrit, ia boleh dianggap “net zero” kerana konkrit turut menyerap CO₂ sepanjang hayatnya.

Projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif  yang disokong oleh kerajaan Norway, yang bertujuan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang dihasilkan oleh industri.

Selain kilang simen, projek ini juga akan merangkumi sebuah loji insinerasi dalam fasa seterusnya.

Karbon yang diserap akan dihantar melalui kapal ke terminal di pantai barat Norway sebelum disimpan di bawah dasar laut.

Kilang Simen Serap Karbon Pertama Di Dunia Dilancarkan
Menteri Tenaga Norway Terje Aasland dan CEO Heidelberg Materials Dominik von Achten (L), bercakap kepada media menjelang perasmian rasmi projek flagship penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), sebuah teknologi yang dilihat sebagai penting untuk membendung perubahan iklim di Brevik, Norway pada 18 Jun 2025. (Foto oleh Jonathan KLEIN / AFP).

Kerajaan Norway membiayai sebahagian besar kos projek ini, iaitu sebanyak 22 bilion kroner (RM9.6 bilion) daripada jumlah keseluruhan 34 bilion kroner (RM14.9 bilion) bagi pemasangan dan operasi selama 10 tahun pertama.

Industri simen sahaja menyumbang kira-kira 7% daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau global.

Teknologi seperti penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) sangat penting, terutama bagi industri.

Laporan oleh Panel Antara Kerajaan PBB Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) juga menyokong CCS sebagai kaedah yang relevan untuk menangani pelepasan karbon industri berat.

Walaupun teknologi ini masih mahal dan rumit yang memerlukan pembiayaan yang besar, tapi langkah Norway  dalam memerangi perubahan iklim ini akan membuka jalan kepada negara lain mengikut jejak sama untuk menuju masa depan perindustrian yang lebih hijau dan lestari.

Berkaitan

  • Nissan Perluas Penggunaan Keluli Rendah Karbon Untuk Pengeluaran Kenderaan Di Jepun
  • Malaysia Dilapor Bersedia Jadi “Bank Karbon” Bawah Tanah Untuk Jepun
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY