Khabar Angin Asus XooGD Berkapasiti 4850mAh dan Menggunakan Sistem Operasi Android 7.0 Nougat

Asus bakal memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar terbaru yang digelar sebagai 'XooGD'. Berita ini dipetik dari sebuah laman web dari China iaitu TENAA yang menyebut tentang peranti ASUS yang menampilkan kapasiti bateri gergasi dengan saiz bateri 4859mAh.

ASUS XooGD juga bakal dibina menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat namun info terperinci tentang telefon ini iaitu dari segi harga dan spesifikasi rasmi masih lagi samar-samar. Mengikut laporan yang boleh dipercayai, ASUS XooGD ini bakal memiliki paparan skrin HD 5.2 inci 9720x1280 pixel. Telefon pintar ini akan dikuasai oleh cip pemproses MediaTEk MT6750 1.5GHz Octa-Core.

Antara info lain yang tertiris adalah seperti telefon ini didatangkan dengan pilihan RAM dan saiz storan dalaman iaitu pilihan 2GB/16GB, 3GB/32GB, dan 4GB/64GB. Ketiga-tiga variasi ini dikatakan mempunyai pilihan storan yang boleh diubahsuai dengan slot kad MicroSD.

Dari segi sensor kamera pulam ASUS XooGD dilihat memiliki 13-Megapixel kamera belakang, disesuaikan dengan flash dwi-tona LED manakala kamera depan dengan 8-Megapixel. Ianya mempunyai ukuran badan 149.5x73.7x8.85 mm dan mempunyai berat 169.5 gram. Selain daripada itu, peranti ini juga mempamerkan fungsi pengimbas cap jari pada butang Home dan dikhabarkan hadir dengan pilihan warna Luxury Gold, Black, dan Rose Gold.

Sumber: Gadget 360, TechJungle