KFC Membangunkan Permainan Simulasi "I Love You, Colonel Sanders!"

Permainan yang membolehkan pemainnya "berdating" dengan Colonel Sanders.


Selain menjadi penyedia servis makan segera terkenal di dunia, KFC juga akan turut menjadi pengeluar permainan komputer. KFC dijangka akan mula menawarkan permainan pertama mereka ini kepada para peminat KFC untuk memainkan permainan tersebut di komputer pada 24 September ini.

Permainan yang bertajuk "I Love You, Colonel Sanders! A Finger Lickin’ Good Dating Simulator" ini menjadikan ikon KFC iaitu Colonel Sanders sebagai watak utamanya. Cumanya ia adalah versi rekaan karektor yang mungkin terlebih 'hensem'.

Permainan ini membolehkan pemainnya "berdating" dengan Colonel Sanders sambil melaksanakan misi yang disediakan kepada pemain dalam permainan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=W4KLOBThpL4

Permainan KFC ini buat masa sekarang hanya akan ditawarkan kepada pengguna Mac dan Windows sahaja yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi platfom Steam.

Sistem yang diperlukan bagi pengguna Mac adalah sistem operasi Mac OSX El Capitan 10.11.6 dan pengguna Windows pula sekurang-kurangnya menggunakan sistem operasi Windows 7 (64bit).

Untuk info lanjut, sila layari laman rasmi Steam.