Ini membangkitkan beberapa perkara kerana Broadcom juga sudah membida untuk membeli kepentingan di dalam satu lagi syarikat pembuat cip, Qualcomm. Intel dikatakan bimbang jika Broadcom berjaya dalam bidaanya terhadap Qualcomm dan impak syarikat itu terhadap pasaran cip pengguna.
Intel telah menimbang pemilikan Broadcom dari tahun lepas lagi dan sedang meneliti segala kemungkinan dari penasihat-penasihat mereka. Bidaan Broadcom terhadap Qualcom adalah terbesar dalam industri semikonduktor setakat ini dan bidaan lebih besar diperlukan bagi mendapatkan Broadcom yang baharu.
Sementara itu, Qualcomm sudah menolak bidaan Broadcom sebanyak Rm 473 bilion pada bulan lepas. Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jawatankuasa terhadap Pelaburan Asing di Amerika Syarikat sedang memantau perkembangan bidaan tersebut kerana bimbang pemilikan asing terhadap syarikat tempatan mereka boleh mengundang isu keselamatan negara.
Perkara ini jelas apabila Huawei tidak dapat bekerjasama dengan syarikat penyedia telekomunikasi Amerika Syarikat kerana bimbang kebocoran data rakyat mereka.
Jika Broadcom berjaya dalam bidaan mereka dan Intel pula berjaya dalam bidaanya, syarikat seperti Apple akan mendapatkan bekalan komponen mereka terutamanya cip modem untuk iPhone mereka dari pembekal tunggal.
Berkaitan
- Qualcomm Snapdragon 845: Kuasa Yang Lebih Cekap Dan Pemprosesan Imej Yang Lebih Hebat
- Qualcomm Snapdragon X50: Modem Generasi Baru Membolehkan Teknologi 5G Untuk Telefon Pintar
- Asus Malaysia Perkemaskan Siri Komputer Riba ROG Zephyrus M Dan Pengenalan Siri TUF Dengan Cip Coffee Lake Intel
- Thunderbolt 3 Dari Intel Akan Bebas Dari Royalti Pada Tahun Depan
- Apple Bercadang Untuk Tidak Menggunakan Cip Qualcomm Untuk Peranti iPhone Dan iPad Mulai Tahun Hadapan
- Apple: Bye-bye Qualcomm, Hello MediaTek?
- Bina Desktop Anda Dengan Intel® Core™ Gen-9 Dan Kelengkapan Lain Pada Harga Serendah RM1,699
- Intel Bakal Membawakan Komputer Riba Dengan Modem 5G Untuk Tahun Depan