Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kereta Api Peluru Jepun Ikonik Ini Akhirnya Ditamatkan Perkhidmatannya

Kereta Api Peluru Jepun Ikonik Ini Akhirnya Ditamatkan Perkhidmatannya

Diterbitkan Januari 31, 2025 · Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh ariff bukhari

Bermula Januari tahun ini, Jepun mula mengucapkan selamat tinggal kepada salah satu kereta api peluru ikonik negara itu yang dikenali sebagai “Doctor Yellow“.

Kereta api diagnostik, yang berasaskan Siri 700 ini digunakan di laluan Tokaido dan Sanyo Shinkansen untuk memeriksa keadaan landasan dan infrastruktur lain dan dari situlah ia mendapat nama julukannya itu.

Kereta api yang bukan sahaja terkenal di negara Jepun malah di luar negara itu  telah mendiagnosis kerosakan pada laluan shinkansen berkelajuan tinggi negara itu dalam beberapa bentuk selama kira-kira 60 tahun sejak generasi pertamanya.

Dua kereta api Doctor Yellow, edisi T4 dan T5, masing-masing telah mengembara di sepanjang laluan shinkansen Tokaido dan Sanyo merentasi Tokyo ke Stesen Hakata di bandar barat daya Fukuoka tanpa penumpang.

Operasi oleh T4 akan dihentikan pada Januari ini, manakala T5 akan bersara selepas 2027, menurut operator mereka.

“Doctor Yellow” set T4
Doctor Yellow Shinkansen dinamakan sedemikian kerana ia mendiagnosis sebarang masalah dengan landasan dan wayar atas semasa ia laju. Ia dicat kuning dan bukannya putih biasa untuk menjadikan kereta api ini lebih mudah dilihat pada waktu malam.

JR Central, yang memiliki T4, telah memaklumkan pada bulan Jun 2024 lalu ia akan menamatkan kereta api yang sudah tua, yang mula beroperasi pada 2001 itu tanpa rancangan untuk menggantikannya.

Manakala T5, yang dimiliki oleh JR West, pula membuat penampilan sulungnya pada tahun 2005 dahulu.

T4 dan T5 akan digantikan dengan kereta api peluru N700S yang membawa penumpang akan beroperasi mulai 2027 dengan peralatan ujian dan pemerhatian yang boleh memenuhi peranan memeriksa landasan dan wayar atas.

N700S Shinkansen
Kereta api peluru Shinkansen N700S.

Kereta api itu telah mewujudkan status mitos di kalangan peminat kereta api Jepun kerana jadual operasi mereka tidak didedahkan kepada orang ramai.

Kelajuannnya yang pantas itu turut melahirkan dakwaan bahawa sesiapa yang melihatnya akan diberkati dengan kebahagiaan.

Doctor Yellow merupakan keretapi terpantas Jepun yang beroperasi di rangkaian kereta api peluru Shinkansen yang sering memecut pada kelajuan penuh sehingga 443 km/j untuk menguji landasan dengan betul.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • China Lancar Prototaip Kereta Api Peluru Yang Mampu Capai Kelajuan 450 Km/jam
  • Purata Jangka Hayat EV Adalah 18 Tahun - Kajian

Sumber: The Mainichi,  The Japan Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY