Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Ukraine Sekat Aplikasi Telegram, Bimbang Dipantau Russia

Kerajaan Ukraine Sekat Aplikasi Telegram, Bimbang Dipantau Russia

Diterbitkan September 23, 2024 oleh Rushsyafizal

Kerajaan Ukraine telah melaksanakan larangan penggunaan aplikasi Telegram bagi pekerja dalam sektor-sektor kritikal, seperti perkerjaan melibatkan infrastruktur dan tentera, berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan pengintipan oleh Rusia.

Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukraine membuat keputusan ini selepas menerima bukti bahawa perkhidmatan rahsia Rusia mampu mengakses serta menjejaki mesej yang dihantar melalui Telegram, termasuk mesej yang telah dipadam.

Larangan ini hanya terpakai untuk peranti kerja yang digunakan oleh pegawai, tentera, dan pekerja dalam tugasan rasmi, manakala penggunaan peribadi aplikasi tersebut masih dibenarkan.

Langkah ini bertujuan melindungi keselamatan negara daripada sebarang kebocoran maklumat sensitif yang boleh mengancam pertahanan Ukraine.

Telegram, yang diasaskan oleh Pavel Durov yang meninggalkan Rusia pada tahun 2014, merupakan aplikasi komunikasi yang sangat popular di Ukraine. Dianggarkan 75% rakyat Ukraine menggunakan Telegram untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, manakala lebih 70% bergantung padanya untuk kemas kini berita.

Walaupun ada larangan ini, kerajaan Ukraine tidak berniat untuk menyekat kebebasan bersuara atau penggunaan peribadi aplikasi tersebut, sebaliknya lebih memfokuskan kepada aspek keselamatan negara.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Anker Panggil Semula 3 Model Bank Kuasa Ini Ekoran Risiko Terbakar
  • Sharp Dan Pengilang iPhone Tayang EV Prototaip Pertama Mereka Dilengkapi TV 65 Inci
  • Siri Dengan Sokongan Apple Intelligence Mungkin Tiba Lebih Awal Dari Jangkaan

Sumber : Winfuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY