Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV, pengecas ev

Kerajaan Rancang Bangunkan Aplikasi Tunggal Untuk Pengecasan EV

Diterbitkan Mac 26, 2025 · Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan menerusi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT ) sedang berbincang dengan MGTC dan Malaysia Digital Department untuk membangunkan aplikasi mudah alih tunggal bagi memudahkan pemilik kenderaan elektrik (EV) mengecas kenderaan mereka.

Aplikasi ini akan membolehkan pengguna mencari, mengaktifkan, dan membayar sesi pengecasan merentasi semua rangkaian yang bekerjasama, menjadikan proses lebih lancar.

Antara cabaran utama pelaksanaan ini termasuk integrasi data masa nyata dari pelbagai penyedia dan memastikan maklumat dikemas kini dengan tepat bagi mengelakkan kekeliruan pengguna.

Sehingga 31 Disember, terdapat 3,611 stesen pengecas EV di Malaysia, dengan sasaran 10,000 stesen menjelang akhir tahun ini.

Kos pengecasan EV kini berbeza mengikut penyedia, antara 60 sen hingga RM1.80/kWh. Malah terdapat pelbagai aplikasi pengecasan EV yang ditawar.

Jadi, dengan adanya aplikasi tunggal itu nanti, ia akan menyatukan platform pembayaran, mengatasi masalah pengguna.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Proton Sahkan Model EV Kedua Bakal Tiba Tahun Ini
  • Ini 4 Produk UGREEN Terbaru Dengan Kolaborasi Genshin Impact

Sumber: The Star

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY