Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anwar Ibrahim 24 Februari 2026

Kerajaan Hadkan Kemasukan Pusat Data Yang Tidak Berkaitan AI – PM Anwar

Diterbitkan Februari 24, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan mengehadkan kemasukan pusat data baharu yang tidak berkaitan dengan kecerdatan buatan (AI) sejak hampir dua tahun lalu bagi mengurangkan tekanan terhadap grid tenaga dan bekalan air negara, kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengakui operasi pusat data menyumbang kepada peningkatan penggunaan tenaga dan air. Namun, berdasarkan unjuran semasa, Malaysia masih mempunyai keupayaan untuk memastikan bekalan mencukupi.

Bagi jangka panjang, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelbagai inisiatif akan dilaksanakan termasuk pembangunan Grid Tenaga ASEAN dan rancangan mendapatkan bekalan tenaga dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Mengulas mengenai langkah dalam Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus AI, beliau berkata penggubalan RUU itu akan memberikan penekanan khusus terhadap pertimbangan etika, hak rakyat serta risiko yang mungkin timbul.

Menurutnya, pendekatan tersebut berbeza dengan amalan di negara Barat yang ketika ini lebih tertumpu kepada perincian dari aspek undang-undang, manakala aspek akhlak dan moral tidak diberikan keutamaan.

RUU berkenaan turut mengambil kira AI Risk and Classification Framework, iaitu pendekatan berasaskan klasifikasi risiko yang bertujuan mengenal pasti serta menangani potensi masalah dan risiko penggunaan AI. Ia termasuk mekanisme pelaporan kemudaratan dan insiden berkaitan AI.

Tambah beliau, RUU itu masih dalam peringkat awal penggubalan di Kementerian Digital dan akan melalui proses libat urus serta penelitian jawatankuasa khas Parlimen sebelum dimuktamadkan.

Berkaitan

  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • Kita Sedang Rakus Habiskan Sumber Bumi - Pusat Data AI, Bateri EV Contoh Paling Jelas
  • TNB Akan Bekalkan 280MW Tenaga Untuk Kampus Pusat Data TM Nxera Di Johor
  • Malaysia Di Tangga Ke-19 Negara Paling Banyak Miliki Pusat Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY