Kita mungkin sudah biasa melihat simbol ini setiap hari, tetapi pernahkah kita terfikir kenapa simbol ini kelihatan seperti itu?
Dahulu, peranti elektronik hanya menggunakan tulisan “ON” dan “OFF” sahaja sebagai tanda peranti itu hidup atau mati.
Tetapi pada tahun 1973, Suruhanjaya Elektrokimia Antarabangsa (IEC) pertama sekali menyertakan simbol tersebut dalam set simbol grafik mereka untuk digunakan dalam elektronik yang digunakan sehingga ke hari ini untuk mengatasi halangan bahasa.
Kini, simbol kuasa yang kita lihat hampir setiap hari ini digunakan pada pelbagai peranti termasuklah butang kuasa pada telefon pintar, komputer, televisyen dan banyak lagi.
Ia terdiri daripada bentuk bulatan yang hampir sempurna dengan garis tegak yang menembusnya.
Simbol itu sebenarnya mewakili nombor dalam kod binari iaitu bulatan “0” bermaksud mati (off) dan garis “satu” pula bermaksud hidup (on).
Sebelum itu, simbol ini digunakan untuk menandakan ‘stand-by‘, namun ia menjadi lebih jelas pada 2004 apabila Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (IEEE) menetapkannya sebagai simbol kuasa yang baru.
Maka, simbol kuasa yang direka itu adalah gabungan kedua-duanya yang kini digunakan di seluruh dunia dengan ia pertama kali dimasukkan ke dalam Unicode 9.0 pada 2015 dahulu.
Simbol kuasa ini telah diiktiraf secara universal untuk memberi tahu sesiapa sahaja yang melihatnya dengan tepat yang apabila melihatnya, dengan sendirinya akan tahu apa yang perlu dilakukan.
(Unicode adalah standard pengekodan karakter sejagat yang direka untuk mewakili teks dan simbol dari semua sistem penulisan di seluruh dunia)
{suggest}
Sumber: Fossbytes