Kenali Jenis-Jenis Rangkaian - PAN, LAN, WAN, MAN, CAN, SAN, WLAN

Rangkaian merupakan satu medium penghantaran informasi atau data diantara nod atau bahasa mudahnya komputer atau lain-lain peranti.

Jika anda mempunyai pengetahuan asas tentang perkomputeran, pastinya anda pernah mendengar tentang LAN atau WAN.

Kedua-duanya merupakan jenis rangkaian dan setiap jenis berbeza dari segi keluasan kawasan, sambungan dan lain-lain.

Selain dua diatas, ada lagi beberapa rangkaian dan penerangan ringkas seperti dibawah.

1. PAN (Personal Area Network)

Kapsyen: Kredit Foto: Concept Draw


  • Rangkaian Kawasan Persendirian digunakan bagi komunikasi yang berdekatan dengan pengguna terbabit.

  • Komunikasi antara komputer, tablet dan telefon pintar. Contoh penghantaran adalah fail muzik gambar dan lain-lain.

  • Bersambung secara

    • Tanpa wayar - Bluetooth, inframerah,NFC

    • Wayar - Kabel USB




2. LAN (Local Area Network)

Kapsyen: Kredit foto: Wikipedia


  • Rangkaian Kawasan Setempat adalah kumpulan peranti seperti komputer, pencetak dan pelayan yang bersambungan dalam satu bangunan yang sama seperti pejabat ataupun rumah.

  •  Secara asasnya terdapat dua jenis sambungan LAN;

    • ARCnet

      • Sambungan terawal dan popular sekitar 1980an.

      • Boleh menghubungkan sehingga 255 nod dalam satu rangkaian

      • ARCnet Plus mempunyai sokongan sehingga 20Mbps.



    • Ethernet

      • Mula diperkenalakn pada 1980.

      • Versi terkini menyokong 1Gbps






3. WLAN (Wireless Local Area Network)

Kapsyen: Kredit foto: Accolade Wireless


  • Rangkaian Tanpa Wayar Kawasan Setempat menghubungkan antara peranti secara tanpa wayar di dalam LAN. Untuk senang faham, jika bersambung secara kabel, ia adalah LAN, jika tanpa kabel ia adalah WLAN.


4. CAN (Campus Area Network)

Kapsyen: Kredit foto: Learn Abhi


  • Rangkaian Kawasan Kampus adalah  2 atau lebih LAN yang bersambungan dalam kawasan yang terhad.

  • Contoh adalah kawasan universiti anda yang mempunyai beberapa bangunan dilengkapi LAN dan terhubung antara satu sama lain untuk menjadi CAN.


5. MAN (Metropolitan Area Network)

Kapsyen: Kredit foto: Steemit


  • Rangkaian Kawasan Metropolitan lebih luas daripada CAN tetapi masih terbatas.

  • Merangkumi beberapa bangunan didalam sesebuah bandar.


6. SAN (Storage Area Network)

Kapsyen: Kredit foto: PowerCert Animated Videos


  • Rangkaian Kawasan Storan adalah rangkaian berkelajuan tinggi yang menyimpan serta menyediakan akses untuk jumlah data yang besar.

  • Ia merupakan rangkaian yang digunakan untuk penyimpanan data melibatkan peranti seperti switch dan server.


7. WAN (Wide Area Network)

Kapsyen: Kredit foto: Fossybytes


  • Kawasan rangkumannya lebih luas tanpa mengira geografi lokasi seluruh dunia.

  •  Ia mengandungi pelbagai LAN, CAN dan MAN

  • Contoh yang paling senang adalah Internet.


 

 

Berkaitan