Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DigitalTrends

Kemunculan Servis Penstriman Muzik Menyelamatkan Industri Muzik Amerika

Diterbitkan Mac 4, 2020 oleh ariff bukhari

Servis penstriman muzik merevolusi cara pengguna menikmati muzik di seluruh dunia.

Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) telah berkongsikan data yang cukup komprehensif menunjukkan pendapatan dan penghantaran hasil jualan rakaman muzik sejak dari tahun 1973 hingga 2019 di seluruh Amerika.

Kemunculan Servis Penstriman Muzik Menyelamatkan Industri Muzik Amerika

Secara keseluruhannya, apa yang dapat disimpulkan daripada perkongsian data dari pihak RIAA itu adalah, kemunculan servis penstriman muzik telah menyelamatkan industri rakaman muzik Amerika.

Pendapatan tertinggi yang dicapai oleh industri muzik Amerika adalah pada tahun 1999 di mana RIAA merekodkan pendapatan berjumlah USD22.4 bilion. Hasil daripada keuntungan jualan CD audio dan lain-lain.

Walaubagaimanapun selepas masuknya tahun 2000, pendapatan industri rakaman Amerika terus menurun dari tahun ke tahun sehingga merekodkan pendapatan terendah iaitu hanya sebanyak USD7.2 bilion pada tahun 2014.

Selepas dari penurunan itu, barulah RIAA kembali merekodkan keuntungan bagi tempoh 5 tahun berturut-turut hasil daripada servis penstriman muzik yang ditawarkan seperti Tidal, Sportify dan Apple music.

Daripada data itu juga menunjukkan bahawa peminat muzik sudah tidak lagi bergantung kepada CD, piring hitam atau kaset lagi bagi mereka mendengar lagu.

Di era moden dengan perkembangan pesat capaian teknologi maklumat hanya dihujung jari, servis penstriman muzik kini menjadi pilihan utama pengguna bagi mereka menikmati muzik di mana sahaja mereka berada.

Sumber: Statista

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY