Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bad android

Perisian Hasad ‘Alien’ Mencuri Kata Laluan Dari 226 Aplikasi Android

Diterbitkan September 25, 2020 ยท Dikemas kini September 25, 2020 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan ThreatFabric menemukan sebuah perisian hasad terbaru yang sedang aktif menyerang pengguna telefon pintar Android.

Perisian hasad yang dinamakan sebagai ‘Alien’ itu amat merbahaya kerana didapati ia menyerang pengguna Android dengan mencuri kata laluan daripada kata laluan aplikasi-aplikasi Android.

Selain itu antara keupayaan ‘Alien’ yang lain adalah mengakses log papan kekunci, mencuri data senarai orang hubungan, memasang dan mengaktifkan aplikasi, mempunyai ciri seperti ransomware dengan mengunci skrin peranti, mencuri kod pengesahan 2 faktor (2FA), memulakan pelayar ke laman sesawang tertentu dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai penuh keupayaan perisan hasad ‘Alien’ menurut ThreatFabric:-

  • Overlaying: Dynamic (Local injects obtained from C2)
  • Keylogging
  • Remote access
  • SMS harvesting: SMS listing
  • SMS harvesting: SMS forwarding
  • Device info collection
  • Contact list collection
  • Application listing
  • Location collection
  • Overlaying: Targets list update
  • SMS: Sending
  • Calls: USSD request making
  • Calls: Call forwarding
  • Remote actions: App installing
  • Remote actions: App starting
  • Remote actions: App removal
  • Remote actions: Showing arbitrary web pages
  • Remote actions: Screen-locking
  • Notifications: Push notifications
  • C2 Resilience: Auxiliary C2 list
  • Self-protection: Hiding the App icon
  • Self-protection: Preventing removal
  • Self-protection: Emulation-detection
  • Architecture: Modular

Lebih buruk penyelidik mendedahkan, Alien mampu mencuri kata laluan dari 226 aplikasi Android yang ada ditawarkan ketika ini.

“The targeted applications in the appendix of the article are the concatenated list of targets observed in samples found in the wild, growing to over 226 targeted applications so far.” ThreatFabric

Penyelidik memaklumkan antara kategori aplikasi yang menjadi sasaran Alien adalah seperti aplikasi e-mel, permesejan dan aplikasi krytowang.

Sebagai contoh Gmail, Facebook, Telegram, Twitter, Snapchat, WhatsApp dan banyak lagi.

Ketika ini, penyelidik mendapati Alien sedang aktif menyerang pengguna Android di 15 buah negara termasuklah Spain, Turki, Jerman DAN amerika Syarikat

Perisian Hasad ‘Alien’ Mencuri Kata Laluan Dari 226 Aplikasi Android
Sumber: ThreatFabric

Penyelidik menyimpulkan bahawa pembangun perisian hasad Alien mensasarkan institusi perbankan sebagai sasaran utama mereka.

Oleh itu, pengguna perlu amat berhati-hati dengan data sulit berkaitan kewangan mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY